• Carian
  • Media Sosial
  • Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor Ditangguh

    Posted by fatty | 13 February 2018 | 10

     

    Majlis Diraja Johor mengumumkan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang dijadual pada 23 Mac ini ditangguhkan.

    Dalam satu kenyataan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Rahim Ramli, memberitahu bagaimanapun hari kelepasan am pada hari terbabit dikekalkan.

    Menurut kenyataan itu lagi, sambutan berkenaan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak

    “Jumaah Majlis Diraja Johor menjunjung titah Sultan Johor, berkenan bahawa sambutan ulang tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Jumaat 23 Mac ini adalah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up