• Carian
  • Media Sosial
  • Pembatalan Rumah Selangorku, Belum Menang Dah Tunjuk Belang

    Posted by jane | 13 February 2018 | 4:09 pm | 38

     

    Panas hati rakyat Selangor apabila kerajaan PKR umumkan mahu batal Sembilan projek Rumah Selangorku yang sebelum ini diluluskan. Alasan pembatalan projek perumahan bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah itu juga tidak masuk akal.

     

    “Mula-mula Exco (Iskandar) cakap projek Rumah Selangorku ada masalah kebenaran merancang. Beberapa hari selepas itu, Mohamed Azmin pula menyalahkan pemaju perumahan sebagai punca projek ini dibatalkan.

     

    “Kenapa selepas dua tahun baru batal? Apa pun sudah lumrah sikap pemimpin pakatan pembangkang, mereka tidak akan mengaku kesilapan sendiri, sebaliknya mencari salah pihak lain untuk menutup kesilapan mereka,” ujar Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

     

    Uniknya, kerajaan pembangkang ini siap melantik satu Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Selangorku (JTPPRS) dan Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku untuk projek ini, tetapi selepas dua tahun masih tiada hasil. Apa kegunaan jawatankuasa itu sebenarnya? Makan gaji buta sahajakah?

     

    Tindakan pembangkang ini telah menzalimi rakyat Selangor yang sudah memasang impian mahu memiliki rumah sendiri. Lebih mengharukan ada pemohon yang sudah membuat pinjaman bank, tapi rumah tak dapat, hutang pula bertambah.

     

    Konsep rumah Selangorku ini sebenarnya ialah pemaju akan buat 300 unit rumah kos sederhana atau mahal, kemudian akan diselitkan 10 biji atau kurang jenis rumah yang termasuk dalam kategori rumah Selangorku.

     

    Projek perumahan yang sebegitu mudah pun kerajaan pembangkang masih gagal siapkan menggambarkan seolah-olah kerajaan Selangor ini hanya setakat mengumumkan ‘projek bantuan rakyat’ ini untuk mendapatkan nama sahaja, tetapi hasilnya tiada.

     

    Persoalannya apakah tiada alternatif lain untuk menyelamatkan keadaan? Padahal ia berlaku di negeri paling maju di Malaysia dengan rizab kerajaan Selangor yang konon memiliki dana simpanan berbilion-bilion ringgit.

     

    Ini sangat berbeza dengan program rumah kerajaan BN seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan yang lain-lain lagi. Sudah beratus ribu rumah siap dan sedang dibina. Terbaru, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM271.6 juta untuk membina lagi rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan membaik pulih rumah rakyat di seluruh negara sepanjang tahun ini.

     

    Pembangkang harus dipuji kerana sangat berani, belum lagi menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun sudah berani tunjuk siapa mereka sebenarnya kepada rakyat. Namun seperti biasa, sekiranya pembangkang diterjah dengan isu-isu sebegini, mereka tidak akan pernah mengaku kesilapan mereka. Mereka hanya tahu menuding jari ke orang lain sahaja. -TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up