• Carian
  • Media Sosial
  • Mukhriz Bertanding Di Kawasan DAP Dalam Selangor?

    Posted by nadilang | 13 February 2018 | 9:00 am | 1366

     

     

    DESAS desus terbaru yang diterima memberitahu Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir bakal bertanding di sekitar Lembah Klang.

     

    Ini sekali gus membatalkan cadangan awal kononnya bekas Menteri Besar Kedah itu akan berentap di kawasan parlimen dan DUN sekitar negeri berkenaan.

     

    Menurut sumber dari seorang ahli tertinggi kepimpinan PPBM bergelar profesor memberitahu, hasil risikan yang diperoleh, Mukhriz mungkin kalah tipis jika dia masih mahu bertanding di Kedah.

     

    Ini gara-gara semangat ahli Umno dan Barisan Nasional kian meningkat dalam menghadapi PRU14 dan ‘mood‘ rakyat Kedah semakin meningkat apabila mereka sudah boleh mengecapi pelbagai inisiatif yang diumumkan Kerajaan Pusat dan negeri melalui Bajet 2018.

     

    Tambah profesor dari Bangi itu lagi, Mukhriz mungkin diletakkan di kawasan DAP dan berpeluang menjadi calon utama sebagai Menteri Besar Selangor mewakili penguasa Pakatan Harapan, yakni DAP.

     

    Antara beberapa kawasan disebut adalah seperti Petaling Jaya Utara, Serdang, Puchong dan beberapa kawasan lain. Turut disenarai pendekkan adalah kawasan Kepong di Kuala Lumpur.

     

    Ia bukan sahaja kawasan Parlimen, malah beberapa kawasan DUN yang menjadi kubu kuat DAP juga mungkin akan dipertimbangkang untuk memberi laluan kepada Mukhriz.

     

    Namun hasrat itu masih lagi dalam rundingan awal bersama-sama kepimpinan Pakatan Harapan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

     

    Profesor itu turut menambah, yang penting adalah kawasan Parlimen. Sekiranya Mukhriz mampu menang di mana-mana kerusi DUN dalam Selangor, ia adalah bonus buat anak Mahathir Mohamad itu bergelar MB Selangor ‘mesra’ DAP.

     

    Sekiranya desas desus dari sumber ini benar, maka ia jelas menunjukkan betapa Mahathir hanya sekadar mahu melepaskan agenda peribadinya sahaja dan bukan berniat untuk membantu rakyat. –TV14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up