• Carian
  • Media Sosial
  • Ibu Tiri Kejam! Paksa Murid Minum Air Panas Menggelegak

    Posted by jane | 13 February 2018 | 33

     

    SEREMBAN – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan telah menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, dekat sini yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.

    Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Zaldino Zaludin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam siasatan awal.

     

    “Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes.

     

    “Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan-laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

     

    Beliau berkata setiap kes yang dilaporkan kepada pihaknya akan disiasat seadilnya.

     

    Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menderita akibat melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

     

    Kejadian berlaku Isnin lalu iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng, dekat sini. – BERNAMA

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up