• Carian
  • Media Sosial
  • Golongan LGBT Makin Berani Pamer Gaya Hidup Songsang

    Posted by jane | 13 February 2018 | 877

     

    Sejak akhir-akhir ini, rakyat Malaysia sering ‘disajikan’ tentang isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Golongan LGBT ini juga dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Perkara ini semakin membimbangkan khususnya buat rakyat Malaysia yang rata-rata beragama Islam.

     

    Gejala ini adalah bertentangan dengan agama dan juga kehidupan normal seseorang manusia. Kegiatan ini juga semakin berleluasa apabila ada antara pengamal LGBT dilihat semakin berani pamerkan gaya hidup songsang mereka di media sosial secara terbuka.

     

    Antara yang paling mendapat perhatian netizen adalah usahawan kosmetik, Nur Sajat Sajat Kamaruzzaman yang dikatakan daripada lelaki bertukar menjadi perempuan.

     

    Tidak lama selepas itu Malaysia pula digemparkan dengan tindakan Safiey Illias yang sebelum ini telah mendakwa dirinya sudah kembali ke jalan yang benar dari lelaki menjadi perempuan dan berubah semula menjadi lelaki. Tetapi, telah kembali menjadi perempuan semula dengan berpakaian dan berpewatakan seperti perempuan.

     

    Oleh itu, seorang rakyat Pulau Pinang, Anak Mami melihat perkara ini adalah sangat membimbangkan dan menasihatkan orang ramai untuk berhenti melayan kisah golongan LGBT ini dengan memberikan promosi percuma kepada mereka.

     

    Katanya, dia tidak berharap golongan terbabit dihukum sebaliknya meminta orang ramai untuk tidak terus-terusan memberikan promosi percuma kepada golongan seperti ini dengan berkongsi video atau kisah-kisah mereka di media sosial.

     

    “Saya bukannya menyarankan golongan ini dihukum, diseksa atau dihalau sebaliknya sekadar berhenti memberi promosi percuma kepada gaya hidup mereka.

     

    “Ini termasuk dalam media massa yang memainkan kisah-kisah individu yang menggalakkan gaya hidup songsang, mempertahankan gaya hidup LGBT mahupun aktiviti ‘selebriti’ galak memakai baju bertentangan jantina,” katanya.

     

    Menurutnya, perkara yang melibatkan pengamal LGBT ini bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak tambahan pula apabila jumlah mereka semakin bertambah di negara ini.

     

    Sehubungan itu, beliau mengharapkan orang ramai untuk melakukan media blackout sama ada dalam media konvensional mahupun media sosial untuk menangani penularan gaya hidup songsang ini.

     

    Apapun, pengamal LGBT jelas memberikan kesan dan pengaruh yang sangat negatif terhadap golongan belia di negara kita. Oleh itu, ia tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak dan berusaha bersama-sama untuk menangani masalah ini dari terus berleluasa.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up