• Carian
  • Media Sosial
  • Bangunan KWSP Terbakar

    Posted by jane | 13 February 2018 | 79

     

    KUALA LUMPUR – [KEMASKINI] Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing , Petaling Jaya dilaporkan terbakar dan dipercayai berpunca dari percikan api daripada kerja penyelenggaraan.

     

    Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, api merebak dengan pantas kerana pelapisan dinding yang digunakan bangunan itu bersifat mudah terbakar.

     

    “Kebakaran bermula dari tingkat satu dan hampir keseluruhan bahagian luar bangunan KWSP musnah.

     

    “Tambahan pula lagi dengan faktor angin yang kuat, ia mempercepatkan proses kebakaran tersebut,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di perkarangan bangunan KWSP, di sini hari ini.

     

    Terdahulu, bangunan KWSP berkenaan dilaporkan terbakar kira – kira jam 12.00 tengah hari tadi.

     

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up