• Carian
  • Media Sosial
  • Aspek Kewangan Real Kekal Utuh

    Posted by suzein-yana | 13 February 2018 | 2

     

    Real Madrid selaku juara bertahan Eropah mendapat pulangan hampir 200 juta euro (RM967 juta) setahun berbanding PSG yang memecah rekod perpindahan Neymar dari Barcalona, tetapi kelab Perancis yang dimiliki jutawan Qatar itu masih belum dapat menandingi kekuatan kewangan Real Madrid.

    Gergasi Sepanyol itu bakal melayan kunjungan skuad kendalian Unai Emery pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis waktu Malaysia.

    Real muncul sebagai juara Eropah sebanyak 12 kali, akhir-akhir ini turut menguasai aspek kewangan kelab-kelab utama eropah.

    Kekayaan Real dicetus oleh strategi perpindahan presidennya, Florentino Perez yang akan membayar apa saja untuk mendapatkan bintang terhebat dunia.

    Real memecahkan rekod yuran perpindahan sebanyak lima kali antara tahun 2000 hingga 2013 menerusi pembelian Luis Figo, Zinedine Zidane, Kaka, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

    Satu lagi aset penting kelab itu ialah stadium Santiago Bernabeu, di mana Perez mahu menambah bumbung, kawasan menyambut tetamu yang baharu, pusat membeli belah, malah sebuah hotel yang dianggarkan menelan belanja 400 juta euro (RM1.9 bilion).

    Walaubagaimana pun peluang PSG mengatasi kehebatan kewangan Real itu adalah melalui kemenangan di atas padang sekali gus memburu tempat ke final buat kali pertama – Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up