• Carian
  • Media Sosial
  • VIDEO : Kit Siang Kena Marah & Dihalau Penduduk Kampung

    Posted by editor | 12 February 2018 | 11:42 am | 730

     

    LIM KIT SIANG bukan sahaja semakin tidak diterima oleh penduduk Parlimen Gelang Patah, sebaliknya dia juga tidak dibenarkan berada di bumi Johor Bahru, baru-baru ini.

     

    Hasrat penguasa DAP itu untuk menghasut rakyat di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru akhirnya tidak kesampaian apabila para penduduk setempat tidak membenarkan sebarang aktiviti ceramah DAP dilakukan di kawasan berkenaan.

     

    Walaupun portal pro pembangkang Malaysiakini melaporkan bahawa Kit Siang telah dihalang oleh jentera Barisan Nasional (BN), namun pada hakikatnya yang tidak membenarkan DAP berceramah di kampung berkenaan adalah komuniti kawasan berkenaan sendiri. Bukannya jentera parti politik lawan.

     

    Mereka mengakui tidak mewakili mana-mana parti politik waima Umno sekali pun. Cuma, Malaysiakini dan penyokong DAP sahaja yang memutar belit dengan mengatakan penyokong Umno kawasan berkenaan bertindak samseng cuba menghalau ahli politik berusia 76 tahun berkenaan.

     

    Individu yang bertanggungjawab memulakan propaganda tersebut adalah Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng yang memuatnaik video rakaman dalam akaun Facebook dengan dipercayai menyalahkan ahli Umno dan BN.

     

     

    Mengulas lanjut tentang perkara berkenaan, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berkata, tidak adil bila Pakatan Harapan (PH) menyalahkan Umno atau BN atas insiden Kit Siang dihalau sekumpulan penduduk Kampung Bakar Batu di kawasannya itu.

     

    Sebaliknya tindakan penduduk kampung berkenaan menghalau dan memarahi Kit Siang adalah berpunca dari kesedaran penduduk sendiri yang sudah serik dengan ucapan-ucapan Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut.

     

    Rakyat sudah mula muak dan jelek dengan segala permainan kotor dan fitnah yang dibawa oleh DAP yang sedang menguasai PH sekarang ini.

     

    Apatah lagi sepanjang 5 tahun menjadi wakil rakyat di sesebuah kawasan, Ahli Parlimen atau ADUN mewakili DAP jarang sekali turun berkhidmat kepada rakyat yang memerlukan pertolongan. Namun kelibat mereka hanya akan dihidu beberapa bulan sebelum PRU menjelang tiba.

     

    Ini bukan kali pertama wakil rakyat dari DAP khususnya Kit Siang berperangai sedemikian. Sejak dari tahun 1969 lagi mana-mana wakil rakyat dari DAP tidak ubah berperangai sedemikian rupa.

     

    Justeru rakyat sudah mula bosan dengan DAP. Tidak perlu melibatkan penyokong Umno atau BN sekali pun, penduduk kampung khususnya di Johor telah mula ‘fade up‘ dengan PH.

     

    Walaupun dalam keadaan tidak senang dan tidak suka kehadiran Kit Siang ke kampung mereka, namun komuniti di situ tetap memberikan masa selama 10 minit buat DAP untuk bercerita apa yang mereka kehendaki, sebelum menghalau pemimpin serta jentera DAP yang hadir pada malam berkenaan.

     

    Dari wajah Kit Siang pada malam itu, jelas kelihatan dia sedang ketakutan apabila disergah dan dimarahi oleh penduduk Kampung Bakar Batu, Johor Bahru kira-kira 20 minit di tempat kejadian.

     

    Inilah bukti dan ‘hukum karma’ yang terpaksa diterima oleh Kit Siang, DAP dan PH akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang saban hari memfitnah, menipu dan memanipulasi fakta kepada rakyat di negara kita.

     

    Mungkin Kit Siang, DAP dan PH beranggapan rakyat di Malaysia ini masih bodoh dan mudah diperkotakkatikkan dengan mudah, namun hakikatnya 31 juta rakyat Malaysia sudah boleh membuat penilaian terbaik tentang siapa yang harus mereka percayai dan bergantung harap untuk 5 tahun lagi.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up