• Carian
  • Media Sosial
  • Negeri Islam Liberal Pertama Di Malaysia Bakal Wujud?

    Posted by jane | 12 February 2018 | 12:12 pm | 2859

     

     

    Nampaknya, impian pembangkang selain memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ialah mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan Islam Liberal.

     

    Ini diakui sendiri oleh Katua Bahagian Kajian Politikal Dan Sosial badan pemikir DAP, Penang Institute, Wong Chin Huat, seorang yang bukan Islam.

     

    Beliau berkata sekiranya PAS kalah dan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan anggota Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi PRU14 nanti, Malaysia bakal merasai Islam ala Tunisia dan bukannya Saudi atau Iran.

     

    “Jika kali ini PAS tidak berjaya dan Amanah lebih berjaya. Ini pada dasarnya mempersoalkan kejayaan PAS?

     

    “Ini tidak bermakna Islam akan hilang dari politik Malaysia, tetapi ia adalah jenis Islam yang berbeza.

     

    “Ia adalah politik islam yang berbeza. Ia bukan seperti di Arab Saudi atau Iran, tetapi seperti Tunisia, ia jenis yang akan lebih merangkumi semuanya dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu forum anjuran badan itu sendiri pada 25hb Januari lepas.

     

    Jika diteliti kenyataan Chin Huat, ini bermakna beliau mengatakan bahawa PAN akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri ‘Islam Liberal’ yang pertama jika menang PRU14 menewaskan PAS.

     

    Umum mengetahui bahawa kelompok Islam liberal membawa ajaran sesat dalam Islam dengan menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi;

     

    “Tiada paksaan dalam agama”.

    (Al-Baqarah; 256).

     

    Mereka menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan antara lelaki dan perempuan, sehingga perempuan layak menjadi imam bagi lelaki seperti yang dilakukan di sebuah masjid di Berlin. Pengasas masjid itu, seorang wanita bernama Seyran Ates juga mempersoalkan amalan bersifat pantang larang atau taboo serta pernah menggesa revolusi seks dalam dunia Islam.

     

    Tunisia yang mengamal Islam liberal juga telah mengubah beberapa undang-undang Syariah dengan membenarkan perkahwinan berlainan agama dan melarang poligami.

     

    Dalam erti kata lain, Islam liberal adalah seorang yang mengaku Islam tetapi berkelakuan seperti orang kafir dan menjadikan alasan hak asasi mereka untuk bertindak sedemikian sebagai hujah. Tidak cukup dengan itu, kelompok ini juga lantang menyelar orang-orang yang mengamalkan Islam sebenar dan mahukan mereka mengikuti cara Islam liberal.

     

    Maka semakin pudar dan sesatlah Islam di Malaysia sekiranya pembangkang mengambil alih tampuk pimpinan, jelas sekali mereka tidak sabar mahu menghapuskan Islam yang sebenar di Malaysia.

     

    Parti perosak agama seperti inikah yang kita mahukan untuk mentadbir negara? Sudahlah pentadbiran parti pun kucar-kacir, sekarang mahu merosakkan agama Islam pula. -TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up