• Carian
  • Media Sosial
  • Kerana Anak, Sesama Jiran Bergaduh Guna Pedang Samurai

    Posted by editor | 12 February 2018 | 44

     

    Polis sudah memanggil dua keluarga yang bergaduh di sebuah kawasan perumahan di Paka, hari ini, selepas insiden itu tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

    Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang ahli keluarga terbabit menyerahkan sebilah pedang samurai di Balai Polis Paka, kira-kira jam 4 petang semalam.

    Menurutnya, pedang samurai itu senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan terbabit.

    “Kertas siasatan berhubung kes sudah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual,” katanya.

    Video berdurasi 1.34 minit yang memaparkan pergaduhan antara dua keluarga termasuk ugutan menggunakan senjata dipercayai pedang samurai tular di Facebook sejak dua hari lalu.

    Insiden itu memaparkan pertengkaran di antara dua keluarga dipercayai berpunca daripada pergaduhan anak-anak membawa kepada campur tangan ibu bapa.

    Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial dan kemudiannya dikongsi sehingga mendapat reaksi negatif netizen yang menganggap perkara sedemikian amat memalukan.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up