• Carian
  • Media Sosial
  • Bergaduh Dengan Jiran Guna Pedang Samurai, Mak Budak Dipanggil Polis

    Posted by jane | 12 February 2018 | 99

     

    SUSULAN kes pergaduhan dua jiran sehingga melibatkan senjata tajam yang video kejadian tersebut tular di media sosial, polis telah memanggil dua keluarga berkenaan untuk memberi keterangan.

    Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang ahli keluarga terbabit juga turut menyerahkan sebilah pedang samurai di Balai Polis Paka pada jam 4 petang tadi.

    Pedang samurai itu adalah senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan tersebut di sebuah kawasan perumahan di Paka, Dungun baru-baru ini.

    “Kertas siasatan berhubung kes sudah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan.

    “Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

     

     

    Terdahulu, video berdurasi satu minit 34 saat itu menunjukkan pergaduhan di antara dua keluarga termasuk ugutan menggunakan senjata pedang samurai viral di media sosial.

    Difahamkan, pergaduhan di antara dua keluarga terbabit berpunca dari pergaduhan anak-anak yang membawa kepada campur tangan ibu bapa.

    Rakaman itu kemudian dikongsikan pengguna laman sosial sehingga mendapat reaksi negatif netizen yang menganggap perkara sedemikian amat memalukan.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up