• Carian
  • Media Sosial
  • “Baru Batuk Dah Masuk IJN, Macam Mana Nak Jadi PM?”

    Posted by nadilang | 11 February 2018 | 9:09 am | 933

     

     

    Hujung minggu orang Malaysia dikejutkan dengan penularan berita Pengerusi PH Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

    Namun menurut IJN, punca Mahathir dikejarkan ke sana adalah kerana dia mengalami batuk.

    Ini menyebabkan PH terpaksa membatalkan beberapa program bersama calon Perdana Menteri mereka yang berusia 93 tahun itu.

    Berfikir dari segi governant dan daya saing negara, pemimpin sebegini agak kurang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri buat Malaysia.

    Sebagai sebuah negara yang ingin membangun dan maju sekarang ini, ditambah dengan persaingan ekonomi yang semakin mencabar di persada antarabangsa, kita memerlukan seorang Perdana Menteri yang bertenaga dari segi fizikal dan mental.

    Bukan sahaja Perdana Menteri itu harus mempunyai tahap pemikiran yang melangkaui zaman, malah tahap kesihatannya juga menjadi indikator terpenting buat negara kita.

    Jika dalam masa 12 bulan ini, calon PM berkenaan telah 3 hingga 4 kali dilaporkan telah masuk ke IJN/hospital kerana keadaan kesihatan diri tidak stabil. Lelaki sebegini amat-amat tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri kita.

    Justeru itu, pemilihan Mahathir sebagai calon PM oleh Pakatan Harapan amat tidak praktikal jika kita mahu kualiti hidup rakyat dan pembangunan negara semakin berkembang maju di masa depan.

    Ya, memanglah Mahathir mempunyai timbalannya iaitu Wan Azizah Wan Ismail. Namun apa yang kita harapkan kepada seorang wanita yang sudah lanjut usia dan hanya berpolitik dengan motif mahu mengangkat suami sendiri menjadi Perdana Menteri?

    Sekiranya Mahathir seringkali masuk ke hospital ketika menjadi Perdana Menteri, sudah tentu Wan Azizah akan mengambil alih pentadbiran negara.

    Apakah kita anggap Wan Azizah mampu mentadbir Malaysia dengan lebih baik dikala dalam setiap inci akal fikirannya hanya ada idea untuk mengangkat suami sendiri menjadi pemimpin negara?

    Sumber : NALURI BANGSA

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up