• Carian
  • Media Sosial
  • Bagaimana Najib Hancurkan ‘Peluru’ DAP Dalam PRU14 Ini…

    Posted by nadilang | 11 February 2018 | 9:29 am | 1726

     

     

    Mungkin masih ramai ingat peristiwa ‘ngeri’ menjelang PRU13 apabila DAP yang menguasai pembangkang menabur berita palsu di media sosial.

    Kata mereka seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk oleh Kerajaan Pusat untuk memangkah Barisan Nasional dalam PRU berkenaan.

    Pembangkang siap sebarkan gambar warga Bangladesh beratur di lapangan terbang. Kononnya ‘pengundi hantu’ BN sudah datang.

    Peliknya cukup ramai netizen di negara ini percayakan berita palsu itu. Sehinggakan undi yang sepatutnya BN terima pada PRU13 sedikit merosot berbanding analisa awal.

    Kali ini kerajaan amat serius untuk melawan berita palsu dan fitnah. Maka kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini amat serius mahu undang-undang berita palsu diwartakan.

    Itulah sebabnya kenapa DAP melenting apabila undang-undang berita palsu dicadangkan oleh Perdana Menteri.

    DAP semakin marah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyediakan draf undang-undang berkenaan dengan begitu bersungguh-sungguh dan cepat seperti diminta.

    Kisah warga Bangladesh itu hanya satu contoh sahaja. Padahal banyak lagi contoh-contoh lain bagaimana DAP atau pembangkang menggunakan media sosial untuk menyebar berita palsu kepada pengundi.

    Dalam bahasa mudahnya, pembangkang menggunakan berita palsu ini sebagai salah satu ‘peluru’ mereka untuk melawan BN dalam PRU.

    Sebagai pemimpin yang ‘gentle‘ langkah Najib memperkenalkan undang-undang berita palsu kali ini amat tepat. Maka kita boleh lihat pertembungan secara fakta melawan fakta. Tidak lagi akan wujud ‘peluru’ fitnah dan berita palsu yang boleh memperdaya persepsi pengundi. – TV14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up