• Carian
  • Media Sosial
  • Selepas Dapat ‘Kifarah’, Farid Kamil Buang Gambar Dr Mahathir

    Posted by nadilang | 10 February 2018 | 11:48 am | 3100

     

     

    Pada 4 Januari lalu Farid Kamil mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen berbunyi “Public Figure No1… Berwawasan 2020-20 infinity.”

     

    Bagaimanapun selepas dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari, netizen mula perasan gambar berkenaan telah dipadam oleh Farid Kamil dari akaun media sosialnya.

     

    Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada kehidupan Farid Kamil.

     

    Mana tidaknya, sebelum ini Farid Kamil antara artis tanah air yang amat memuja dan menyanjung tinggi Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan.

     

    Walaupun ramai netizen sudah sedar bahawa Dr Mahathir hanya menabur fitnah dan kebencian kepada masyarakat, namun waktu itu Farid Kamil tetap mengidolakannya.

     

    Pun begitu, selepas dia dituduh memasukkan dadah ke dalam badannya dan mencederakan orang awam, tindak tanduk pelakon berkenaan seolah-olah mahu menjauhkan diri dari Dr Mahathir.

     

    Timbul persoalan, adakah Dr Mahathir ada ‘memberi dedak’ kepada Farid Kamil dan beberapa artis lain untuk membuat persepsi jahat terhadap kerajaan di media sosial?

     

    Dan selepas Farid Kamil membuat persepsi buruk kepada Perdana Menteri, maka dia secara tiba-tiba menerima ‘kifarah’ akibat mengikut kehendak Dr Mahathir berkenaan?

     

    Selepas menerima ‘kifarah’ itu, maka Farid Kamil mula insaf dan tidak mahu lagi bekerjasama dengan Pakatan Harapan?

     

    Ini tidak mustahil berlaku apatah lagi ketika Dr Mahathir sudah hilang ‘modal’ untuk menyerang kepimpinan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.

     

    Selepas beberapa minggu Farid Kamil menerima pesanan khas dari Dr Mahathir di pejabatnya yang dimuatnaik dalam media sosial, pelakon itu menjadi ‘trending‘ kerana berkelakuan pelik serta dituduh mengambil sejenis dadah.

     

    Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 16 Januari lalu, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

     

    Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja. – TV14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up