• Carian
  • Media Sosial
  • Dr Mahathir Tak Perlu Risau, Undang-Undang Berita Palsu Tidak Sekejam ISA Miliknya

    Posted by editor | 9 February 2018 | 4:16 pm | 35

     

    APABILA kerajaan mencadangkan agar digubal rang undang-undang berita palsu, mereka yang paling takut dan cepat melatah adalah Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang.

     

    Bak kata pepatah, “siapa makan cili, dia lah yang terasa pedasnya”.

     

    Mungkin reaksi balas terhadap cadangan itu ada kena mengena dengan tindak tanduk atau ‘kerja’ seharian mereka berdua selama ini, namun tiada siapa yang sedari.

     

    Mengulas mengenai undang-undang berkenaan, menteri bertanggungjawab Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu bahawa undang-undang yang mahu diperkenalkan itu bukan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan membolehkan tahanan tanpa bicara.

     

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan mengingatkan dengan pesanan, bekas pemimpin nombor satu negara itu tidak perlu khuatir.

     

    “Beliau seharusnya lebih rasional dalam menilai isu ini kerana penyebaran berita palsu ini dibuat dengan niat yang tidak baik dan tidak beretika malah sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada berita palsu termasuk beliau sendiri.

     

    “Berita palsu juga dilihat sebagai strategi perang baru yang boleh memusnahkan negara dengan hanya di hujung jari.

     

    “Oleh itu langkah Kerajaan untuk menggubal undang-undang ini adalah selaras dengan trend semasa.

     

    “Bagaimanapun Tun Mahathir tidak perlu bimbang kerana undang-undang yang akan digubal ini tidak seperti ISA yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara,” kata Azalina melalui kenyataannya hari ini.

     

    Sebagai seorang bekas pemimpin diktator selama 22 tahun, tidak hairanlah dia akan berasa ‘cuak’ dan gentar apabila pihak penguasa sekarang mahu mewujudkan sebuah undang-undang sebegitu rupa.

     

    Mungkin pada fikirannya, Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini akan berkelakuan diktator miripnya suatu ketika dahulu sehingga mengakibatkan tiada langsung hak kebebasan bersuara untuk rakyat jelata.

     

    Namun ternyata Dr Mahathir silap percaturan. Kepimpinan semasa ini jauh lebih baik dan bersifat terbuka seperti yang diamalkan olehnya dahulu.

     

    Jika tidak, masakan dia mampu mencanang cerita palsu dan fitnah terhadap orang nombor satu negara ke serata dunia dan sehingga ke saat ini dia masih bebas berbuat demikian.

     

    Itulah tanda bahawa Kerajaan Pusat sekarang ini mengamalkan hak kebebasan bersuara kepada semua selagi mana ia tidak menyentuh hal-hal sensitif dan menyalahi undang-undang.

     

    Selepas undang-undang berita palsu ini digubal, mungkin Dr Mahathir takut dia tidak lagi mampu ‘beraksi gersang’ seperti sekarang dengan memfitnah pemimpin mengikut sedap anak tekaknya sendiri. –TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up