• Carian
  • Media Sosial
  • Pendeposit Tabung Haji Nikmati Dividen, Pemfitnah Tabung Haji Masuk Penjara

    Posted by editor | 8 February 2018 | 12:24 pm | 336

     

    ANGKARA Rafizi Ramli, sebanyak RM500 juta wang simpanan dalam Tabung Haji telah dikeluarkan oleh pencarum kerana mempercayai fitnah yang dilontarkan.

     

    Naib Presiden PKR itu pada akhir tahun 2016 mendakwa, penyata kewangan Tabung Haji berakhir 31 Disember 2015 yang dianalisisnya menunjukkan badan itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus.

     

    Dia yang juga Ahli Parlimen Pandan telah mengunjurkan bahawa Tabung Haji akan kekurangan RM3 bilion jika semua pendeposit berbuat demikian sedangkan katanya, untung sebenar pelaburan Tabung Haji hanya pada RM450 juta.

     

    Bagaimanapun beberapa bulan selepas itu sebanyak 3,954 akaun yang telah ditutup gara-gara fitnah Rafizi itu kembali menyesal apabila mereka akhirnya mendapat fakta yang sebenar dari Tabung Haji.

     

     

    Lebih menyedihkan, seramai 3,105 bakal jemaah haji yang sanggup membatalkan permohonan mengerjakan ibadah haji dan sudah layak untuk menunaikannya pada tahun berkenaan terpaksa ‘menangis tak berlagu’ apabila permohonannya itu dibatalkan kerana mempercayai mulut jahat Rafizi. Akhirnya mereka terpaksa menunggu berpuluh tahun lagi untuk peluang mengerjakan haji.

     

    Itulah balasan kepada mereka yang terlalu percaya kepada hasutan Rafizi sehingga menjahanamkan kehidupan sendiri.

     

    Sebaliknya bagi mereka yang memilih untuk mempercayai pihak kerajaan dan Tabung Haji, mereka telah berjaya menikmati bonus tahunan sebanyak 5 peratus ditambah lagi dengan bonus haji sebanyak 3 peratus pada tahun semasa (2016).

     

     

    Manakala rezeki bagi mereka yang masih tidak mahu mempercayai hasutan pemimpin Pakatan Harapan itu semakin murah apabila sekali lagi Tabung Haji mengumumkan pemberian sebanyak RM2.7 bilion kepada pendeposit Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 2017 pada kadar 4.50% Hibah Tahunan dan tambahan 1.75% Hibah Haji.

     

    Sebaliknya apa pula yang terjadi kepada Rafizi? Selepas dia didapati memfitnah dan cuba menghasut rakyat mempercayai kerja dosanya itu, maka Rafizi telah dihumban ke dalam penjara kerana didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

     

    Ini antara contoh mudah bagaimana pihak Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Sri Mohd Najib Razak sedang berada di pihak yang benar walaupun pelbagai tohmahan, hasutan dan fitnah dari cerita karut berleluasa di media sosial.

     

    Bagi mereka yang terus mempercayai media sosial khususnya cerita-cerita dari Pakatan Harapan, sudah tentu akan mendapat keburukan dalam hidup masing-masing dalam masa akan datang. Jika ingin tahu bagaimana rasanya bala selepas mempercayai cerita fitnah dari pemimpin Pakatan Harapan ini, bolehlah berjumpa dengan para bekas pendeposit Tabung Haji yang mempercayai cerita Rafizi pada tahun 2016 dan 2017 ini. –TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up