• Carian
  • Media Sosial
  • “Apabila Peliwat Pertahankan Mahazalim”

    Posted by editor | 8 February 2018 | 4:14 pm | 158

     

    GENAP 6 bulan sebelum tarikh dia dibebaskan dari penjara, Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba mempertahankan bekas musuhnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

     

    Sudah hampir 10 tahun hidup Anwar sentiasa sibuk mengkritik, mengherdik, melabel dan memfitnah bekas Perdana Menteri itu, namun tiba-tiba pada 8 Februari 2018 dia difahamkan tidak mahu umat manusia menyamakan Dr Mahathir dengan bekas pemimpin Zimbabwe Robert Mugabe.

     

    Menurut laporan portal pro pembangkang dan Yahudi iaitu Malaysiakini, Anwar dilaporkan berkata bekas musuh politiknya itu kini komited dengan agenda reformasi bersama-sama Pakatan Harapan.

     

    “Mahathir sedia untuk berubah dan komited terhadap agenda reformasi. Beliau sudah cukup difitnah oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah bagi sesi pendengaran untuk mengetepi sabitan kes liwatnya, hari ini.

     

    Ia merupakan suatu kenyataan hipokrit dan bersifat ‘u-turn’ selepas Anwar pernah diperlakukan secara kejam dan haknya dinafikan oleh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu selama ini.

     

    Mungkin kenyataan tersebut terpaksa dikeluarkan oleh Anwar bagi mengambil hati Dr Mahathir yang kini sudah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan andai mereka berjaya takluk Putrajaya.

     

    Bagi para aktivis dan pejuang Reformasi pastinya akan menafsir kenyataan Anwar ini sebagai sesuatu tindakan amat terdesak dan sekadar mahu ‘memancing mood‘ daripada Pengerusi Pakatan Harapan berkenaan agar dapat menyediakan laluan mudah buat Anwar bergelar Perdana Menteri.

     

    Bukan apa, sejak dari tahun 1998, Anwar dan PKR serta kumpulan Reformasi tidak henti-henti menghasut rakyat Malaysia dan dunia agar membenci Dr Mahathir atas kesilapannya berlaku kejam (kuku besi) kepada bekas timbalannya sendiri.

     

    Namun kini semua itu berbeza pula. Entah apa yang dimimpikan oleh Anwar semalam, pada siang hari secara tiba-tiba dia tidak mahu kita membuat persamaan karektor antara Dr Mahathir dan Mugabe yang mana kedua-dua mereka terkenal sebagai pemimpin diktator.

     

    Persoalannya bagaimana mungkin untuk kita tidak meletakkan persamaan antara dua pemimpin itu sekiranya memang benar bahawa dua pemimpin berusia lebih 90 tahun itu adalah bersifat kuku besi dalam mentadbir negara.

     

    Sebagaimana Anwar gagal mengajak rakyat untuk tidak mempercayai bahawa dia adalah ‘kaki liwat’, begitulah juga dia akan gagal menghasut rakyat supaya tidak mempercayai bahawa Dr Mahathir dan Mugabe merupakan pemimpin dinasour kuku besi di dunia ini. –TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up