• Carian
  • Media Sosial
  • “Hendak Tiru Singapura Buat Apa, Rumah Di Malaysia Lagi Murah”

    Posted by editor | 7 February 2018 | 11:40 am | 59

     

    ANTARA DUA, sama ada berniat jahat atau tidak tahu secara terperinci tentang dasar kerajaan mengenai rumah di Malaysia mungkin menjadi penyebab kenapa Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) Alex Ting menyatakan kekesalan terhadap kerajaan yang tidak meniru kejayaan model Lembaga Pembangunan Perumahan Singapura (HDB) di negara jiran.

    Menurut laporan portal propembangkang Malaysiakini pada 6 Februari 2018, Alex Ting seolah-olah cuba ‘mendewa-dewakan’ sistem yang diamalkan di Singapura dengan tidak mengambil kira pendekatan yang lebih komprehensif oleh kerajaan Malaysia dalam isu tersebut.

    Dengan kata mudah, Alex Ting mungkin mahukan Kerajaan Malaysia menubuhkan HDB di negara ini dengan mengambil model Singapura. HDB adalah pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab menyediakan perumahan awam yang berpatutan kepada rakyat Singapura.

    Namun benarkah harga rumah di Singapura lebih ‘membahagiakan’ rakyatnya sendiri?

    Indeks diatas menunjukkan harga rumah di Singapura dalam trend positif dalam jangka masa panjang. Pasaran hartanah Singapura mulai terbentuk sejak awal 1990 dan harga rumah di Singapura terus dalam pergerakan meningkat naik.

    Hampir dalam 3 dekad walaupun mengalami krisis pada tahun 1997-98, SARS 2003, krisis kewangan global 2008, harga selalu naik melewati harga tertinggi sebelumnya.

    Untuk hari ini, harga rumah di Singapura yang terendah berada di kisaran SGD 1,000 per square feet atau 95 – 100 juta per meter persegi dengan hak guna 99 tahun dan lokasi di luar pusat kota.

    Adakah trend ini memberi kuasa beli yang baik mengikut kemampuan rakyat marhaen?

    Dengan mengambil kira nilai tukaran wang asing antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura pada hari ini, harga untuk 1,000 square feet di Singapura adalah bersamaan dengan RM2,960,520.00.

    Ini ternyata ketara dengan harga rumah dengan keluasan yang sama di negara kita sekarang. Apatah lagi dengan pelbagai dasar dan bantuan serta subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, maka rakyat negara ini sudah boleh memiliki rumah dalam purata 10 biji di Malaysia berbanding 1 biji di Singapura.

    Maka, apakah dasar yang diamalkan di Singapura jauh lebih baik berbanding yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia?

    Lihat sahaja di Malaysia, Najib telah menyediakan beberapa perumahan khusus untuk rakyat yang kurang kemampuan membeli rumah dengan harga pasaran sebenar.

    Sebagai contoh Rumah PPR untuk golongan isi rumah berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860.00 (B40). Golongan ini kerajaan telah sediakan perumahan yang hanya berjumlah antara RM35,000 hingga RM42,000 sahaja.

    Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia pula disediakan kerajaan untuk golongan B40 yang tiada rumah, atau sedang tinggal di rumah daif tetapi mempunyai tanah sendiri. Harga rumah yang disediakan cuma RM65,000 sahaja.

    Skim Rumah Idaman Rakyat juga diperkenalkan di atas tanah-tanah kurniaan negeri atau persekutuan dengan hanya berharga RM350,000.

    Paling menjadi rebutan rakyat adalah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) khusus untuk gologan isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00. PR1MA ini dijual dengan harga di bawah pasaran iaitu RM100,000 hingga RM400,000 mengikut lokasi hartanahnya.

    Tidak cukup dengan itu, Kerajaan pimpinan Najib juga amat prihatin kepada rakyat miskin di bandar khususnya yang bermastautin di sekitar Wilayah Persekutuan.

    Justeru, Najib telah mewujudkan Dasar Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dengan harga rendah iaitu antara RM63,000 hingga RM300,000.

    Satu lagi dasar yang tiada di negara lain iaitu Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M). Ini dikhususkan untuk para penjawat awam di Malaysia sahaja. Mereka ditawarkan rumah yang mewah dan selesa dengan harga antara RM93,000 hingga RM300,000 sahaja.

    Nampaknya bukannya Malaysia yang wajar meniru dasar perumahan di Singapura, tetapi sepatutnya pemerintah dan pemaju di Singapura harus mencontohi dasar-dasar perumahan rakyat yang telah dilakukan oleh pimpinan Najib. –TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up