• Carian
  • Media Sosial
  • PRU14: Parti Bunga Tiada Harapan Untuk Menang Satu Kerusi Pun

    Posted by editor | 6 February 2018 | 11:35 am | 942

     

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan hasrat untuk menggantikan Umno dalam arena politik Malaysia. Mereka berpolitik hanya bermodalkan pengalaman ketika bersama Umno oleh beberapa figura dalam parti itu.

    Antaranya Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Rais Hussin dan beberapa barisan artis.

    Bagaimanapun hasil dari dapatan akar umbi menceritakan hal sebenar berkaitan hasrat Parti Bunga itu.

    Bermula dengan pengerusinya yang berkeingginan bertanding di Parlimen Langkawi. Walaupun di media sosial tampak bagaikan ada harapan, namun Dr Mahathir sebenarnya dijangka tewas di sana.

    Keterujaan penduduk Langkawi terhadapnya sudah kurang dan tidak seperti dahulu. Ini gara-gara Parti Bunga telah bersekongkol dengan DAP yang menjadi musuh utama Umno sejak dahulu.

    Anak kesayangannya, Mukhriz pula disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Jerlun dan salah satu kawasan DUN di Kedah. Namun dia juga bakal kalah kerana tiada jentera yang hebat untuk menolongnya.

    Malah penerimaan rakyat Kedah terhadap Mukhriz tidak lagi seperti zamannya bergelar Menteri Besar. Dia kini sudah semakin dipinggirkan oleh orang Kedah sendiri.

    Muhyiddin juga bakal bertanding di Parlimen Pagoh katanya. Bagaimanapun suara akar umbi memaklumkan, kekuatan bekas Ketua Umno Pagoh itu sudah luntur. Hanya kira-kira 4 orang ketua cawangan Umno sahaja yang masih mempunyai mood ‘mesra’ dengannya. Yang lain mengambil keputusan terus setia dengan panji-panji Umno, sekali gus menolak perjuangan Muhyiddin sekarang ini.

    Selain Pagoh, Muhyiddin juga disebut-sebut akan bertanding di Muar atau Bakri. Walaupun berkemungkinan ia beralih kawasan, namun secara umumnya Bangsa Johor sudah hilang rasa hormat terhadapnya kerana sanggup bersama perjuangan DAP.

    Ditambah lagi dengan isu skandal seks dengan Nika Gee yang pernah tular dan masih tidak dijawab olehnya, maruah serta nama baik Muhyiddin sudah hilang dimata rakyat bagai api memakan sekam.

    Seorang lagi yang dilihat ‘tergila-gila’ mahu menjadi calon adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Anak muda Johor itu bagaimanapun masih tercari-cari kawasan yang sesuai untuk bertanding.

    Ini kerana Parti Bunga masih kekurangan kawasan yang mampu menang walaupun di negeri presiden sendiri yakni Johor.

    Disebabkan ketandusan calon, dua tokoh seperti A.Kadir Jasin dan Zainudin Maidin juga berkemungkinan besar bakal dicalonkan atas tiket Parti Bunga.

    Menurut sumber akar umbi, mereka berdua akan bertanding di Kedah. Namun, dua nama itu sudah tidak popular dalam kalangan orang utara.

    Mereka dianggap dinosour tua yang sedang menunggu masa untuk tersungkur.

    Di Negeri Sembilan pula nama Dr Rais Hussin sudah timbul bagi bertanding atas tiket parti itu. Bagaimanapun, sehingga ke saat ini masih tiada sebarang kata putus mengenai kawasan sesuai buat Rais bertanding.

    Walaupun dia acapkali dilihat popular membantu Parti Bunga menjawab isu dalam media sosial, namun di hati akar umbi namanya tidak disebut-sebut sebagai pilihan bergelar wakil rakyat.

    Selain daripada ahli politik dan tokoh masyarakat, golongan artis juga mungkin akan dibawa masuk ke arena politik oleh Parti Bunga.

    Tiga nama yang paling kerap didengar bakal berentap dalam pilihan raya adalah Siti Nurhaliza, Adibah Nor dan Fathia Latiff.

    Strategi Dr Mahathir mengenenggahkan golongan popular ini adalah untuk menarik sokongan para peminat mereka menyokong Parti Bunga.

    Namun sumber memberitahu, mereka bertiga tidak berminat untuk menjadi calon Parti Bunga.

    Pengalaman gelap yang pernah dialami Dayangku Intan dan Aishah yang kalah ketika PRU lalu membuatkan barisan artis tersebut enggan menggadaikan sinar populariti sendiri demi sebuah mainan politik.

    Parti Bunga hanya hidup dan berkembang dek kerana nama-nama besar dalam parti itu. Parti berkenaan tiada agenda yang jelas dan menguntungkan rakyat.

    Para penyokongnya juga sanggup mempertahankan Parti Bunga disebabkan nama-nama ini, dan bukannya kerana perjuangan parti yang jelas.

    Justeru niat Parti Bunga untuk bertanding menentang BN dalam PRU14 ini akan membuatkan hayat parti itu akan musnah apabila bakal kalah di semua kerusi yang dipertandingkan.

    Parti Bunga tiada harapan untuk menang PRU14 kerana nama-nama besar mereka ditolak jelas oleh akar umbi, walaupun kekadang mungkin parti serpihan Umno itu nampak ‘gah’ di media sosial. –TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up