• Carian
  • Media Sosial
  • Pengundi Cina Berpakat Dalam Whatsapp Mahu Hukum DAP Dan Tun M

    Posted by supertramp | 6 February 2018 | 1:21 pm | 187

     

    Kami di Tv14 sempat juga membaca beberapa printscreen dari kumpulan-kumpulan komuniti Cina yang berbual berkenaan #UndiRosak.

    Walaupun ada yang cuba memberi rasional untuk tidak melakukan UndiRosak, namun orang itu akan dihentam dan dikutuk dengan makian dan cacian oleh mereka yang mendesak supaya beramai-ramai lakukan #UndiRosak.

    Pandangan seperti “kenapa harus jadi bodoh menyokong orang yang menyusahkan orang Cina sekian lama?” iaitu rujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Ada juga yang berkata “dia sudah gemok di sebelah sana, sekarang, mahu gemok dari sebelah sini pula” antara yang berbalas jawab.

    Selain itu, terdapat juga besar jumlah yang mahu mengajar Lim Kit Siang dan anaknya.

    Pendapat jika DAP kalah pun tidak mengapa kerana BN pun tidak mengapa memerintah dengan baik turut dinyatakan.

    “Dahulu kita beri undi sebab mahu sokong dia, sekarang dia khianati kita kasi sokong kepada orang yang dia suruh kita musuh” itu antara yang kami dapat baca.

    Rupa-rupanya bukan semua pengundi Cina tegar kepada DAP, malah mereka boleh bertukar jika sebabnya munasabah.

    Di Pulau Pinang dahulu di zaman Lim Chong Eu, pada pilihanraya umum, DAP menang di satu kawasan, namun apabila di adakan pilihanraya kecil beberapa bulan kemudian DAP tewas di tempat yang sama.

    Ini menunjukkan mereka memiliki rasional dan akan mengundi ikut keperluan.

    Balik kepada topik #UndiRosak, pada pandangan setengah mereka, agar tidak langsung keluar mengundi, sekumpulan pula membantah dengan lojik bahawa cara ini tidak dapat menzahirkan protes dan dianggap sebagai pengundi tidak hadir.

    Maka perlu juga turun mengundi tetapi merosakkan undi tanda protes dan kecewa kepada kepimpinan DAP dan Mahathir.

    Apapun kami sempat membaca satu laporan di portal pembangkang berkenaan pendapat seorang tokoh pembangkang bahawa tindakan merosakkan undi adalah kerja merugikan, namun dia di tempelak oleh beberapa komen bahawa ia perlu untuk mengajar mereka yang khianati serta menukar pendirian sesuka hati tanpa merujuk orang bawahan.

    Kita lihat sahajalah nasib Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dan juga “penyebab” krisis ini iaitu Mahathir sendiri pada PRU14 nanti.

    Di bawah ini video berkaitan dengan isu di atas:-

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up