• Carian
  • Media Sosial
  • ‘Semua Benda Nak Salahkan PM’

    Posted by editor | 5 February 2018 | 92

     

    Seakan-akan tidak puas hati dengan kenyataan ‘Pak Cik Nestle’, pemilik akaun Facebook Zee How Tai menemplak kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki berkenaan yang seperti inginkan mencari publisiti murahan.

     

    Menurut video berdurasi 4 minit yang dimuat naik dalam akaunnya, How Tai yang tidak mahu membela mana-mana pihak menjelaskan bahawa, syarikat pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia itu telah mencatatkan keuntungan setiap tahun dan mustahil untuk membuang pekerja.

     

    Katanya, memetik kenyataan daripada akaun rakan sosial medianya, Nestle mencatatkan keuntungan setiap tahun malah lebih memberangsangkan syarikat Nestle turut menawarkan pekerjaan di platform carian kerja dalam talian yang terkemuka, Jobstreet.com.

     

    “Sekarang, semua benda kamu hendak salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk pemberhentian kerja kamu! Satu hari nanti kalau matahari panas sangat atau tanah runtuh, adakah kamu salahkan Najib? Salahkan semua perkara yang berlaku disebabkan Najib! Itu cara yang paling mudah selesaikan masalah,” ujarnya menerusi video yang menerima lebih 1,000 perkongsian.

     

    Sementara itu, dia turut menegur rakan sosial medianya yang mempunyai mentiliti sama dengan ‘Pak Cik Nestle’ yang menyifatkan mereka seakan-akan mencari publisiti.

     

    “Saya tidak salahkan Najib, ini negara membangun. Selalunya dalam negara yang membangun, kita mempunyai makanan yang terhad, pendidikan yang tidak sempurna. Cuba tengok negara jiran kita yang lain,” katanya yang tidak menyebut negara terbabit.

     

    “Kawan saya yang salahkan Najib, apabila dapat bonus yang banyak terus bercuti di Eropah tetapi apabila dapat bonus sedikit mereka hanya mampu bercuti ke Bangkok, Thailand kerana tidak mampu.

     

    “Sekarang ini, kita salahkan Najib kerana tidak dapat bercuti ke Eropah dan hanya mampu ke Bangkok. Kita salahkan Najib kerana kita tidak berjaya dan diberhentikan kerja.

     

    “Jadi, satu hari nanti Malaysia aman tanpa Najiblah. Sekiranya Najib berundur, atau tukar kerajaan, kamu akan dapat kerja kamu balik, matahari akan kurang panas. Malah, mereka yang mampu bercuti ke Bangkok boleh ke Eropah selepas ini,” ujarnya dengan nada sinis.

     

    How Tai turut menyarankan agar ‘Pak Cik Nestle’ supaya mengadu kepada Dr. Mahathir yang dilantik Pakatan Harapan yang diterajui DAP sebagai Perdana Menteri dengan harapan mengubah takdirnya.-UTUSAN ONLINE

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up