• Carian
  • Media Sosial
  • 100 Harga Barang Berjenama Murah, BN Sudah Ada Formula Atasi Kos Sara Hidup

    Posted by editor | 5 February 2018 | 11:33 am | 62

     

    Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mahu tunggu lama untuk memberi khidmat harga murah kepada rakyat. Hanya 4 bulan saja Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditutup.

     

    Bermula 4 Februari 2018, KR1M 2.0 telah mula dihidupkan semula. Kali ini nampaknya ia lebih menarik dan menguntungkan rakyat.

     

    Berbanding KR1M dahulu, KR1M 2.0 menyediakan 50 buah barang berjenama terkenal pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran. Ini akan membantu rakyat supaya berbelanja dengan harga yang rendah tetapi menikmati barang-barang keperluan yang berjenama tinggi.

     

    Perdana Menteri juga sudah menghapuskan produk yang berjenama ‘KR1M’ seperti sebelum ini. Ia bukan sahaja memberi keyakinan kepada rakyat untuk membeli, malah ini bukti bahawa kerajaan tidak mahu isu barangan tidak berkualiti dinikmati oleh rakyat.

     

    Lebih menarik, beberapa barang kawalan turut dijual antaranya beras, tepung, minyak masak dan gula. Apatah lagi KR1M 2.0 ini dilaksana dengan lebih terbuka apabila peniaga runcit turut berpeluang menyertainya.

     

    Inilah salah satu formula baharu Kerajaan BN untuk ringankan beban kos sara hidup rakyat di Malaysia. Menjelang akhir tahun 2018 ini, kira-kira 300 premis KR1M 2.0 akan berada di sekitar rakyat seluruh negara.

     

    Bukan sahaja 300 premis KR1M 2.0, sebaliknya di negeri Kedah juga Kerajaan BN telah mewujudkan D’Aman Mart sebagai salah satu usaha untuk ringankan beban rakyat.

     

    Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu 1,000 peniaga kedai runcit menjadi rakan niaga D’Aman Mart pada tahun ini untuk menjayakan Program Kos Sara Hidup berkenaan.

     

    Pastinya usaha Kerajaan BN ini akan terus diperkemas dan diperbesarkan lagi di masa hadapan. Namun semua itu hanya boleh dilakukan sekiranya rakyat konsisten memangkah BN dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

     

    Sekiranya rakyat mahu menukar kerajaan sedia ada, tidak ada sesiapapun yang mampu beri jaminan bahawa usaha-usaha menanggani kos sara hidup sebegini akan diteruskan, apatah lagi diperbesarkan. –TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up