• Carian
  • Media Sosial
  • Pemuzik Bunuh Diri Kerana Telinga Amat Sensitif, Boleh Dengar Gerakan Bola Mata

    Posted by editor | 2 February 2018 | 31

     

    SEORANG pemuzik berusia 61 tahun, membunuh diri selepas dia menghidap Superior Semicircular Canal Dehiscence Syndrome (SSCDS), iaitu sejenis penyakit di mana pendengarannya begitu sensitif hingga boleh mendengar pergerakan bola matanya sendiri.

     

    Kelvin Edmunds, dari Cyncoed, Cardiff, sangat terdesak hinggakan terpaksa menutup lubang telinganya dengan tisu.

     

    Disebabkan penyakit berkenaan, dia mempunyai pendengaran yang terlalu sensitif dibandingkan dengan orang lain.

     

    Selepas penat dengan keadaan dirinya itu, Kelvin pernah cuba membunuh diri pada September tahun lepas tetapi berjaya dihalang oleh pasangannya Phanrutai Walford, 46.

     

    Kelvin yang merupakan bekas gitaris kumpulan band Rhode Island Red, secara sukarela masuk ke klinik psikiatrik susulan insiden percubaan bunuh diri itu.

     

    Namun pada 5 Oktober lalu, dia ditemui mati di kawasan hutan, yang pernah menadi tempat permainannya ketika kecil.

     

    Kelvin telah mengalami SSCDS selama 15 tahun. Perkara itu didedahkan dalam satu inkuiri yang diadakan bagi menyiasat kematiannya.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up