• Carian
  • Media Sosial
  • Logo Visit Malaysia 2020: Yang Penting Mesejnya Jelas, Kata Uzaidi

    Posted by editor | 30 January 2018 | 17

     

    Logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) memaparkan mesej yang sangat terang dan mempunyai elemen penting dalam pelancongan.

     

    Mempertahankan logo yang dikritik pengguna media sosial, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Uzaidi Udanis berkata, setiap kempen melawat Malaysia selama ini juga telah terbukti berjaya dalam meningkatkan jumlah pelancong antarabangsa ke negara ini.

     

    “Ramai di media sosial merungut mengenai logo Tahun Melawat Malaysia 2020 tetapi bagi pendapat saya, mencipta satu logo yang sesuai adalah sangat subjektif.

     

    “Seperti satu karya lukisan, tidak ada logo yang betul atau logo yang salah. Ada yang suka sesuatu logo tapi ada juga yang tidak suka sebab masing-masing mempunyai cita rasa sendiri.

     

    “Paling penting adalah mesej yang sangat terang dari logo ini,” katanya.

     

    Uzaidi menambah, kritikan sama pernah berlaku semasa Korea Tourism membuat logo Sparkling Korea oleh rakyat mereka namun kempen itu akhirnya berjaya.

     

    “Serupa juga dengan Italy Tourism yang menerima komen huruf ‘T’ seolah alat sulit lelaki yang tidak bermaya, tetapi sekarang sudah terbukti berjaya.

     

    “Logo adalah sangat subjektif. Logo Ikea misalnya terlalu ringkas sehingga dianggap tidak ada kreativiti tetapi berjaya diingat oleh ramai orang,” katanya.

     

    Di kalangan netizen, ada yang mempersoalkan kualiti rekaan grafik VMY2020 yang dianggap kurang memuaskan.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up