• Carian
  • Media Sosial
  • DAP Terus Heret & Peralatkan Dr Mahathir Untuk ‘Skru’ Melayu

    Posted by editor | 30 January 2018 | 12:24 pm | 146

     

    JIKA kita masih ingat lagi, aktivis DAP Hew Kuan Yau pernah mengaku bahawa “ini game terakhir untuk Mahathir, Kit Siang masih ada masa untuk banyak game lagi. Jadi fikirlah sendiri siapa yang pergunakan siapa”.

    Malah dia juga antara pihak yang telah mendedahkan bagaimana gerakan sulit DAP mahu mempergunakan bangsa Melayu untuk ‘skru’ Melayu di negara ini.

    Ini kerana bangsa Cina dalam DAP sedar bahawa tidak ada pihak lain mampu mempengaruhi bangsa Melayu melainkan bangsanya sendiri.

    Oleh yang demikian sejak dari dahulu lagi Legasi Lim khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang menguasai DAP telah menggunakan orang Melayu sebagai daya penarik untuk mengaut kepercayaan bangsa majoriti itu.

    Sekarang ini giliran Tun Dr Mahathir Mohamad pula dipergunakan oleh DAP untuk ‘skru’ seberapa ramai orang Melayu di Malaysia.

    Padahal Hew dan hampir semua aktivis serta pemimpin DAP telah berpuluh tahun memaki hamun dan berjuang menolak Dr Mahathir. Tetapi kenapa sekarang tiba-tiba Dr Mahathir boleh diberi kedudukan ‘VVIP’ dalam keluarga DAP?

    Ini adalah ‘game’ Legasi Lim dalam DAP untuk melihat semakin ramai bangsa Melayu berpecah dan bergaduh sesama sendiri.

    Oleh itu siapa sebenarnya yang akan kalah dan terkena tipu? Jawapannya jelas iaitu Dr Mahathir dan para bangsa Melayu sendiri. –TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up