• Carian
  • Media Sosial
  • Sanchez ‘Tak Laku’ ?

    Posted by suzein-yana | 13 January 2018 | 873

     

    Arsene Wenger mengakui bahawa masa depan Alexis Sanchez tidak menentu ketika Jose Mourinho dan Pep Guardiola berdiam diri mengenai potensi perpindahan penyerang itu ketika ini.

    Usaha Guardiola membeli Sanchez gagal pada hujung jendela perpindahan musim panas lalu dan City menjadi pilihan untuk mengikatnya kali ini namun kelab itu jelas keberatan untuk memenuhi harga diminta Arsenal STG35 juta (RM191 juta).

    United kendalian Mourinho difahamkan turut membida sekitar STG25 juta (RM136.5 juta) bagi mengatasi tawaran City STG20 juta (RM109 juta) ketika itu mereka dilihat mahu menambah pilihan serangan sekali gus menafikan musuh utama mereka.

    Walaubagaimanapun sehingga kini Wenger belum menerima apa-apa tawaran dari kedua-dua kelab tersohor ini.

     

    Wenger mengakui persaingan bidaan boleh membantu ‘kantung’ Arsenal namun menyatakan ia bukan situasi semasa.

    Dalam sidang akhbar kelmarin, Guardiola dan Mourinho tidak banyak memberi komen mengenai perpindahan bintang Arsenal itu.

    Guardiola berkata, fokusnya adalah mengekalkan persembahan baik City apabila mereka berkunjung ke Liverpool bagi aksi Liga Perdana Inggeris malam esok.

    Mourinho pula menganggap Sanchez sebagai “pemain luar biasa” namun tidak berminat untuk terus berbicara isu perpindahan bintang Gunners berkenaan – Tv14

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up