• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Ringgit Cecah Paras 3.96 Berbanding Dolar AS

    Posted by nadilang | 13 January 2018 | 21

     

    Ringgit mencecah paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tengah hari, dengan prospek cerah untuk mata wang tempatan itu menguji paras 3.95 pada bila-bila masa, disokong oleh penyiaran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih tinggi berbanding jangkaan.

    Pada pukul 12 tengah hari, unit tempatan mencatatkan 3.9690/9720 berbanding dolar AS, meningkat 160 mata asas berbanding 3.9850/9900 pada penutupan semalam.

    Kali terakhir peningkatan ringgit menghampiri paras tersebut ialah pada Mei 2016.

    Ringgit juga terus kukuh berbanding dolar Singapura melepasi paras psikologi 3.00 apabila diniagakan pada paras tertinggi 2.9894 sebelah pagi sebelum ditutup pada kadar 2.9895.

    Seorang peniaga berkata, sentimen ke atas ringgit meningkat susulan IPP negara mencatatkan lima peratus pada November, menolak naik IPP setahun penuh kepada 4.7 peratus, yang memberi isyarat mengenai kedudukan keluaran dalam negara kasar yang kukuh bagi suku keempat 2017.

    Beliau berkata, ringgit menerima manfaat apabila minyak mentah Brent ditutup melepasi AS$70 (RM278.163) setong semalam, angka tertinggi sejak Disember 2014, yang akan me­ningkatkan hasil negara daripada sumber minyak dan gas.

    Unit tempatan itu juga mengukuh susulan dolar AS yang lemah berikutan penyiaran data harga pengeluar AS, yang mencatatkan penurunan buat kali pertama dalam tempoh hampir satu setengah tahun pada Disember, yang boleh mendorong Rizab Persekutuan AS untuk lebih berhati-hati untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

    “Dengan mengambil kira semua faktor, ringgit dijangkakan meningkat 3.95 kepada dolar US dalam jangka sederhana,” kata­nya. – BERNAMA

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up