• Carian
  • Media Sosial
  • Mahathir Tuduh Ada Kerja Jahat Pindahkan Pengundi Langkawi, Mungkin Dia Kalah

    Posted by nadilang | 13 January 2018 | 42

     

    Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata gabungan itu akan berdepan dengan tugas berat untuk menang di Langkawi kerana persempadanan semula dan pengundi dipindahkan dari kawasan pilihan raya itu.

    Beliau dilaporkan berkata perkembangan itu telah membawa kepada pengurangan 1,000 pengundi di kawasan itu, yang sekian lama dikenali sebagai kubu kuat Umno.

    Nanyang Siang Pau melaporkan Mahathir memberitahu satu ceramah di Kukup, Johor, pada hari Khamis bahawa pengundi yang dipindahkan itu mungkin tidak sedar yang mereka tidak lagi boleh mengundi di Langkawi.

    Laporan itu berkata Mahathir tidak menyatakan sama ada beliau akan dicalonkan bertanding di Langkawi.

    Pada September tahun lepas, Mahathir memberitahu Malaysiakini bahawa seandainya HARAPAN memerlukannya untuk dicalonkan, beliau akan melihat sama ada Langkawi atau Putrajaya.

    Mahathir dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab mengubah Langkawi dari sebuah kampung nelayan menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa.

    Pada tahun 2013, Calon BN Datuk Ir Nawawi Ahmad memenangi kerusi Langkawi dengan mendapat 57 peratus daripada jumlah undi.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up