• Carian
  • Media Sosial
  • Everton Sedia Pancing Walcott

    Posted by suzein-yana | 13 January 2018 | 3

     

     

    Everton sedang berbincang dengan Arsenal untuk menandatangani penyerang England, Theo Walcott dalam usaha Sam Allardyce mempertajamkan jentera serangannya.

    Rundingan mula dilakukan dengan Gunners berhubung kontrak yang mampu mencecah 22 juta euro (RM106.08 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu, yang hanya mempunyai baki kontrak selama 18 bulan.

    Walcott hanya tampil sebanyak 15 kali musim ini namun belum diberikan peluang untuk mengisi kesebelasan utama skuad kendalian Arsene Wenger dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

    “Saya rasa anda semua sedar akan minat kami terhadap Theo,” kata bos Everton, Allardyce, yang sudah menandatangani penyerang Beskitas, Cenk Tosun bagi memantapkan barisan depan.

    “Jika ia dapat membantu melengkapkannya, saya akan gembira”

    “Jelas sekali terdapat rundingan yang sedang berlaku ketika ini dan jika semuanya dapat diselesaikan salah satu perkara yang sukar untuk dilakukan hari ini maka ia akan menjadi tambahan hebat kepada jentera serangan”

    “Sebenarnya dua tiga sebab ketajaman, kepantasan, pengalaman dan kemampuannya membuat umpanan dari bahagian sayap menerusi hantaran lintangnya”

    “Theo tidak berisiko (seperti Tosun) kerana sudah terbukti. Dia menjaringkan 100 gol untuk Arsenal dari pelbagai posisi dan serta melakukan umpanan dalam jumlah yang sama”

    Tosun bakal membuat penampilan sulungnya menentang Tottenham di Wembley esok dan Allardyce mengakui dia mengambil risiko membawa masuk pemain antarabangsa Turki itu pada Januari.

    “Tidak semudah itu, ia mungkin tidak menjadi. Ia adalah masalah besar apabila anda terpaksa berharap berbanding diberi jaminan yang dia akan terus menyerlah” kata bos Toffees.

    “Apabila anda melihat jumlah pemain yang dibawa masuk ke negara ini dari luar, termasuk ketika musim panas, tetapi tidak menjadi, terutama di barisan depan, ia satu risiko”

    Kehadiran Allardyce di Everton akhir November lalu menjelmakan impak segera apabila mereka berjaya menjauhi dari zon penyingkiran tetapi kemaraan itu terbantut.

    Meskipun selesa berada di pertengahan carta, kelab Merseyside itu gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan hanya menjaringkan satu gol dalam perlawanan berkenaan – AFP

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up