• Carian
  • Media Sosial
  • Dasar-Dasar BN Menjadikan Pendapatan Naik, Tambah Peluang Pekerjaan

    Posted by nadilang | 13 January 2018 | 16

     

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi beberapa program pembangunan dan dasar-dasar Barisan Nasional (BN) yang berjaya memberi manfaat kepada rakyat dari segi penciptaan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan termasuklah golongan peniaga mikro.

     

    Beberapa maklumat itu dimuat naik di blog najibrazak.com serta akaun Facebook dan Twitter beliau, yang menunjukkan jumlah peluang pekerjaan, nilai pendapatan yang berjaya ditingkatkan serta impak serta dasar-dasar yang memberi manfaat kepada penduduk di luar bandar, Sabah dan Sarawak.

     

    Najib dalam muat naik itu turut berkongsi kejayaan Sharifah Dun yang pada awalnya menempuh kehidupan sukar akibat kegawatan ekonomi dan suaminya kehilangan pekerjaan, tetapi bangkit sebagai pengusaha perniagaan nasi lemak berpendapatan lebih RM1,000 sehari hasil bantuan serta inisiatif kerajaan.

     

    “Daripada cuma RM70 di tangan, kini mempunyai perniagaan berjaya. Baca kisah kejayaan Puan Sharifah Dun dan ramai lagi,” tulis Perdana Menteri di akaun sosialnya hari ini.

     

    Antara maklumat lain yang turut dikongsi Perdana Menteri ialah penciptaan lebih dua juta peluang pekerjaan baharu antara 2010 hingga 2017 kepada 14.5 juta hasil pelancaran beberapa projek berskala besar termasuklah transit aliran massa (MRT) dan Kompleks Bersepadu Petroleum di Pengerang Johor. – UTUSAN ONLINE

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up