• Carian
  • Media Sosial
  • Yang Sebenarnya Anwar Tidak Mahu Bertemu Mahathir?

    Posted by editor | 12 January 2018 | 539

     

     

    Dalam suasana politik pembangkang yang penuh muslihat sekarang ini, begitu sukar hendak memahami strategi mereka tapi dari apa yang berlaku boleh diagak mengapa sesetengah peristiwa itu berlaku sebegitu rupa sebagai contoh, lawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad ke atas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

     

    Mahathir pergi melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras di ibu negara kelmarin tetapi dihalang oleh kakitan Jabatan Penjara yang mengawal Anwar kerana Anwa masih menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

     

    Anwar berada di hospital itu kerana menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada November tahun lepas di bahagian bahu.

     

    Menurut Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar antara syarat untuk membenarkan sebarang lawatan bertemu dengan banduan selain ada permohonan dikemukakan kepada jabatan itu, banduan itu sendiri (Anwar) perlu bersetuju menerima kunjungan itu. Timbul spekulasi bahawa Anwar sendiri sebenarnya sudah awal-awal enggan bertemu Mahathir.

     

    Kalau difikirkan banyak alasannya untuk Anwar menolak lawatan Mahathir itu.

     

    Kata Mahathir, beliau hanya hendak berjumpa dengan Anwar untuk mengucapkan terima kasih kerana merestui pemilihannya sebagai calon PM.

     

    Pada 17 November 2017, selepas beberapa hari Anwar selesai menjalani pembedahan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada bersama ketika lawatan Najib itu.

     

    Kemudian, keesokan harinya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula melawat Anwar di hospital sama.

     

    Pada masa itu sampailah kelmarin, sekali pun Mahathir tidak datang ke HKL melawat Anwar.

     

    Ketika itu, ada konflik dalam pemilihan jawatan calon Perdana Menteri PH dan nama Mahathir sudah awal-awal lagi disebut-sebut akan terpilih. Saat itu, Anwar dikatakan enggan menerima pencalonan Mahathir sehingga ia disampaikan kepada pengetahuan pimpinan PH.

     

    Entah bagaimana, pada 7 Januari yang lepas PH sepakat memilih Mahathir untuk jadi calon Perdana Menteri kalau pakatan pembangkang menang PRU14 nanti.

     

    Selepas itu, barulah Mahathir bersungguh-sungguh mahu bertemu Anwar di hospital sampai sanggup meredah kawalan anggota penjara. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, bukannya Mahathir tidak boleh dapat maklumat adakah lawatan beliau dibenarkan atau sebaliknya.

     

    Ada sebab menyatakan salah satu pihak cuba bersandiwara dalam isu ini. Tidak pasti adakah anak Anwar, Nurul Izzah yang dikatakan menjadi ‘tour guide’ oleh Mahathir di Twitter turut sama berlakon bagi pihak bapanya untuk malukan Mahathir kerana sudah ‘cantas’ Anwar untuk jadi Perdana Menteri.

     

    Oleh sebab itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di media sosial Twitternya seakan-akan menyindir Anwar dan Mahathir kerana berlakon dalam sandiwara kelas pertama, katanya.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up