• Carian
  • Media Sosial
  • Tunang Wanita Ini Maut Selepas Banyak Hidu Asap Rokok

    Posted by fatty | 12 January 2018 | 13

     

    Merokok memang membahayakan kesihatan, bukan sahaja kesihatan perokok sahaja tetapi juga membahayakan kesihatan orang sekeliling. Ia boleh memberi kesan kepada orang terdekat kerana asap rokok boleh merosakkan paru-paru.

    Malah, dalam Islam ada mengatakan hukum merokok adalah haram. Ia kerana rokok boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia. Walaupun telah banyak kempen kesedaran yang dilakukan ramai yang masih lagi merokok.

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tahun lepas, mendedahkan hampir 20,000 rakyat negara ini telah dianggarkan maut akibat merokok. Lebih membimbangkan jumlah perokok semakin meningkat saban tahun.

    Terbaru, tular di media sosial apabila kisah seorang wanita yang dikenali sebagai Dela Noor Defasa, dari Indonesia telah kehilangan tunangnya akibat dijangkiti penyakit paru-paru.

    Menyedihkan tunang Dela itu mendapat penyakit paru-paru kerana terhidu asap rokok perokok lain secara berlebihan. Tunang Dela bukan seorang perokok tetapi perokok pasif.

    Setelah hampir setahun bertarung nyawa melawan penyakit paru-paru itu, pada 19 Disember tahun lalu, tunang Dela telah meninggal dunia.

    “Allah lebih sayang kamu Aa, Allah penat lihat kamu keluar masuk hospital setiap bulan. Allah juga mungkin sayang aku yang dia tak mahu aku sedih lihat kamu sakit-sakit setiap malam, bangun menahan dada kanan kamu yang terasa sakit.

    “Kamu menyerah disaat 19 hari kamu berjanji akan mengirarkan janji suci itu,” tulis Dela.

    Sepatutnya pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga bersama-sama pada 6 Januari lalu. Tetapi, tunang Dela telah meninggal dunia pada usia muda 24 tahun kerana terhidu asap rokok dari perokok lain.

    Walaubagaimanapun, adakah kisah sedih ini akan memberi peringatan kepada perokok tegar lain agar tidak merokok di tempat awam? Terdapat banyak usaha yang telah dilakukan kerajaan untuk menggalakkan perokok berhenti merokok.

    Klinik Berhenti Merokok telah disediakan dan jika perokok mahu berhenti merokok akan diberi khidmat nasihat dan latihan dari Kaunselor Berhenti Merokok.

    Kesimpulannya, jangan menunggu nasi sudah menjadi bubur baru perokok mahu berhenti merokok. Jika tidak fikirkan tentang kesihatan sendiri, fikirlah tentang keluarga dan orang sekeliling. –utaranews

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up