• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Meteorologi Sahkan Berlaku Penurunan Suhu Di Malaysia

    Posted by editor | 12 January 2018 | 97

     

    Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengesahkan beberapa kawasan terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celsius sejak tengah malam tadi hingga awal pagi.

    Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata bagaimanapun keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.

    “Cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak semalam.

    “Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan dengan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celsius minimum dan maksimum 25 darjah Celsius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau diminta mengulas mengenai isu suhu sejuk melanda beberapa negeri yang ditularkan menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.

    Mengulas lanjut, Alui berkata perubahan suhu itu turut disumbangkan oleh keadaan berawan dan hujan renyai di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta hujan sederhana di Pahang dan Johor.

    “Kita jangka keadaan akan kembali normal hari ini selepas hujan reda,” katanya menambah fenomena itu tidak melanda negeri-negeri di utara Semenanjung.

    — BERNAMA

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up