• Carian
  • Media Sosial
  • Messi Tampil Garang

    Posted by suzein-yana | 12 January 2018 | 13

     

     

    Lionel Messi menampilkan persembahan hebat di depan pemain baharu, Philippe Coutinho ketika Barcelona membelasah Celta Vigo 5-0 sebentar tadi untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol 6-1 secara agregat.

    Coutinho berada di tempat duduk Nou Camp buat pertama kali sejak perpindahan bernilai 160 juta euro (RM766 juta) dari Liverpool.

    Pemain Brazil itu tidak perlu menunggu lama untuk melihat kehebatan pasukan itu di padang.

    Terikat 1-1 selepas perlawanan pertama, juara bertahan tiga kali itu mendahului 4-0 pada babak pertama.

    Messi menjaringkan dua gol pembukaan pada minit ke-13 dan 15, kedua-duanya dilakukan dengan sentuhan kaki kiri hasil bantuan Jordi Alba.

    Messi kemudian membalasnya dengan mengumpan kepada Alba yang mengatasi penjaga gol Sergio Alvarez di gawang Celta sebelum Luis Suarez menjadikan kedudukan 4-0 selepas 30 minit.

    Pemain kebangsaan Perancis, Ousmane Dembele membantu untuk gol kelima, tiga minit sebelum tamat apabila sepakan penjurunya ditanduk dari jarak dekat oleh Ivan Rakitic – AFP

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up