• Carian
  • Media Sosial
  • Kenapa Artis Sokong PH Mesti Bermasalah?

    Posted by jane | 12 January 2018 | 5:15 pm | 404

     

    Semakin dekat tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin banyak pula ‘pekung buruk’ pihak pembangkang terbuka. Paling baru dan menggemparkan adalah penahanan seorang artis berpangkat Datuk yang selama ini merupakan pengikut setia Tun Mahathir, sehingga begitu terharu dapat berjumpa dengan tokoh politik itu.

     

    Artis tersebut telah ditahan kerana menampar orang awam dan polis, setelah dibantu oleh orang awam tersebut ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan mengenai kemalangan yang dihadapinya.

     

    Namun malangnya setelah dibawa ke balai polis, orang awam itu pula yang ditampar dan ditendang termasuk pegawai polis yang berada di situ. Setelah disiasat mengenai perlakuan pelik artis tersebut, rupanya dia berada dibawah pengaruh dadah ganja.

     

    Sudahlah begitu, ketika ditahan artis tersebut mengeluarkan kenyataan rindukan anak-anaknya kerana tidak dapat berjumpa. Sudahlah salah menghisap dadah, ada hati pula mahu burukkan keluarga sendiri.

     

    Selain artis berpangkat Datuk itu, seorang lagi artis yang terkenal dengan tarian ghairahnya dalam aplikasi video Bigo Live pun khabarnya ada masalah dadah dan masalah moral juga, sehingga pengarah penerbit filem terkenal takut mahu ambilnya berlakon kerana tak mahu masalah berlaku akibat perangainya yang sesuka hati mahu atau tak mahu datang ke ‘set’ penggambaran.

     

    Persoalannya mengapa mesti yang menyokong pihak pembangkang ini adalah artis yang bermasalah, sama ada daripada kurang moral hingga ke kurang pengetahuan am mengenai keadaan ekonomi semasa?

     

    Mungkinkah ini petanda yang Maha Kuasa mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang bukanlah pilihan tepat untuk terajui negara Malaysia tercinta ini? – TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up