• Carian
  • Media Sosial
  • Gempar! Imam ‘Gay’ Mahu Bina Rumah Ibadat LGBT

    Posted by jane | 12 January 2018 | 90

     

    Melbourne, Australia: Seorang imam masjid yang secara terang-terangan mengaku merupakan seorang gay sedang dalam misi membina ruangan untuk golongan Muslim LGBTQI beribadah.

     

    Menurut SBS News, Imam Nur Warsame sedang mengutip sumbangan untuk membina “tempat spiritual selamat” yang terdiri daripada masjid, rumah selamat dan pusat kaunseling.

     

    Nur Warsame mendakwa bahawa dia mendapat motivasi membina rumah ibadah sedemikian kerana kelompok Muslim LGBTQI di sana tidak mendapat khidmat sokongan mahupun mempunyai tempat yang selamat.

     

    Dakwanya lagi, pusat itu akan mempunyai “kesan penyembuhan” dan menyediakan “rasa kepunyaan” di kalangan semua Muslim LGBTQI.

     

    Nur Warsame sebelum ini pernah mendakwa bahawa ‘tiada masalah’ menjadi gay dan golongan Muslim juga tafsiran al-Qur’an yang menolak homoseksualiti sebagai ketinggalan zaman.

     

    Tahun lalu, masyarakat Muslim antarabangsa digemparkan dengan pembukaan masjid liberal LGBTQI di Berlin dan masjid mesra LGBT yang bakal dibina di Oslo, Norway.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up