• Carian
  • Media Sosial
  • Cederakan Buah Zakar, Perompak Saman Pemilik Kedai

    Posted by jane | 12 January 2018 | 4

     

    SEORANG pemilik kedai disaman oleh seorang perompak yang mencederakan kemaluannya sendiri semasa cuba melarikan diri selepas merompak premis lelaki itu.

     

    Sekumpulan tiga lelaki memasuki sebuah kedai di County Cavan menggunakan tetapi salah seorang daripada mereka memotong kemaluannya di rak.

     

    Perkara itu dimaklumkan pemilik kedai, Kevin kepada program radio, Liveline RTE.

     

    Bercakap kepada penyampai radio, Joe Duffy, kejadian itu berlaku pada November 2015 dan hukuman terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan berhubung kes rompakan ditangguhkan selama enam bulan.

     

    “Mereka ditahan dan dia dibawa ke hospital. Dia mencederakan dirinya sendiri di rak atau sesuatu.

     

    “Terdapat kecederaan pada buah zakarnya. Dalam laporan perubatan menyebut bahawa bahagian yang luka itu terpaksa dijahit,” katanya.

     

    Kevin mendakwa peguam yang mewakili suspek pergi ke Lembaga Penilaian Kecederaan Peribadi (PIAB) dan ia membabitkan kos €600 (RM2,872) untuk kes tersebut akan diselesaikan melalui timbang tara.

     

    “Saya mendapat surat daripada peguamnya meminta saya supaya bertanggungjawab terhadap kemalangan itu.

     

    “Peguam saya menasihatkan supaya tunggu dan lihat. Kami tidak melakukan apa-apa. Peguamnya kemudian membuat laporan dengan PIAB dan kami mendapat surat daripada PIAB. Jika kami mahu mengambil bahagian, ia membabitkan kos €600.

     

    “Pada mulanya kami tidak membuat tuntuan insurans. Kami perlu membaiki pintu kedai dan mereka telah merosakkan CCTV (kamera litar tertutup),” katanya. – Mail Online

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up