• Carian
  • Media Sosial
  • Abang Ditahan Polis, Yana Samsudin Beri Kata Semangat Kepada Suaminya

    Posted by jane | 12 January 2018 | 18

     

    Semalam dunia hiburan digegarkan dengan berita Datuk Farid Kamil ditahan kerana menumbuk anggota polis, juga dibawah pengaruh dadah. Turut terkesan dengan perkara itu, Yana Samsudin, memberi kata-kata semangat kepada suami, Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid.

     

    “Sentiasalah jadi diri sendiri dalam apa juga keadaan. Insya-Allah. Allah tahu segala-galanya. Kita manusia juga susah hendak faham ujian sebenar daripada-Nya”

     

    “Masa akan datang memberi makna bagi setiap kejadian. Sabar, tenang. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu di dunia dan akhirat,” tulisnya menerusi akaun Instagram.

     

    Perkongsian itu turut disertakan dengan gambar mereka bersama. Rata-rata peminat juga memberikan reaksi positif sambil mendoakan pasangan itu dan berpendapat kejadian yang berlaku terhadap Farid punya hikmah.

     

    Dalam pada itu isteri Farid, Datin Diana Danielle meminta orang memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan apa yang berlaku kerana beliau juga masih terkejut dengan berita tersebut. Diana juga telah menutup ruangan komen di Instagram buat masa ini.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up