• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Tahniah Mahathir! Anda Sudah Berjaya Pecahkan Kem Dalam PKR

    Posted by editor | 11 January 2018 | 47

     

    Di kalangan ahli parti PKR, ramai mengetahui akan perselisihan antara Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali.

    Beberapa kali Rafizi secara berkias menyindir tindakan Azmin berbaik dengan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Malah, Rafizi mendedahkan, Dr Mahathir hanyalah boneka buat parti pembangkang apabila membaca skrip yang ditulis mereka dan bukanlah sebaliknya ketika pengumuman Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016.

     

     

    Mengenai parti Pribumi pula, Rafizi dalam satu ceramah berkata parti diterajui Mahathir hanyalah picisan dan tidak akan mengubah lanskap politik negara ini dan diingatkan agar tidak tamak untuk menuntut kerusi di Pilihanraya Umum akan datang.

    Rafizi turut membandingkan parti Pribumi dengan gelombang dicetus Anwar pada 1998, ia adalah bagai langit dan bumi.

    Malah, jika penyatuan dibuat dengan parti Pribumi, ia adalah satu malapetaka buat Pakatan Rakyat.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up