• Carian
  • Media Sosial
  • Farid Kamil Berkelakuan Aneh Ketika Dalam Kereta Lagi – Saksi

    Posted by nadilang | 11 January 2018 | 654

     

    SATU demi satu cerita di sebalik insiden penahanan aktor Datuk Farid Kamil dibongkarkan.

    Portal Mynewshub telah menerima satu gambar yang menunjukkan salinan laporan polis orang awam yang mendakwa dirinya ditendang oleh pelakon tersebut.

    Dalam laporan tersebut, pengadu yang bernama Ashraf bin Ahmad itu telah mendedahkan bahawa dia terserempak dengan Farid yang dalam keadaan tidak berbaju semasa sedang memandu di Tropicana, Petaling Jaya.

    “Saya ternampak seorang lelaki tidak berbaju dalam hari hujan tengah meminta tolong kereta yang sedang lalu lalang.

    “Saya telah berhenti dan mendapati lelaki tersebut adalah Farid Kamil (pelakon). Dia meminta bantuan saya bawa dia ke balai polis kerana dia telah accident. Dalam perjalan ke balai polis trafik, Farid Kamil berkata dia kesejukan.

    “Saya telah membawa Farid Kamil ke Restoren Bonda dan meminjam baju milik pemilik Restoran Bonda yang juga merupakan kawan saya.

    “Saya dapati Farid Kamil telah berkelakuan aneh dalam kereta saya dengan mengambil gambar saya dan cuba memegang stereng kereta.

    “Seterusnya saya telah membawa Farid Kamil ke balai polis trafik Kota Damansara untuk membuat laporan polis.

    “Tiba di balai, Farid Kamil masih berkelakuan aneh. Tiba-tiba Farid Kamil telah melempang pipi kiri saya di hadapan polis trafik. Belum sempat saya berbuat apa-apa Farid Kamil telah melempang seorang anggota polis trafik yang sedang cuba membantu.

    “Tiba-tiba Farid Kamil telah menendang saya dengan kuat di bahagian perut. Saya juga telah ditendang di bahagian kemaluan dengan disaksikan oleh anggota-anggota polis yang lain.”

    Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pelakon tersebut kini ditahan bagi siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis selain Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up