• Carian
  • Media Sosial
  • “Biarlah Dia Kata Saya Gemuk, Buruk” – Isteri Abang Limosin

    Posted by jane | 11 January 2018 | 52

     

    PETALING JAYA: Gara-gara menyebut isteri gemuk dan berjerawat di laman sosial, lelaki yang popular kerana sikap romantiknya dikecam netizen.

     

    Ia susulan pemuda berkenaan, Hafiz Mahamad, 24, berkongsi kisah di Instagram mengenai seorang lelaki cuba memikat isterinya semasa mereka membeli barang dapur, baru-baru ini.

     

    “Apa ingat senang nak ngorat bini aku ni dulu? Masa gemuk, jerawat, tak ada laki-laki yang nak ngorat. Ni aku dah lima tahun ‘stay’ barulah dapat dia cun macam ni,” kata Hafiz.

     

    Bagaimanapun, kata-kata Hafiz itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila pelbagai komen diterimanya.

     

     

    “Bini kau masih lawa dulu dan sekarang. Patutnya pujilah isteri tu, daripada asyik kata dia buruk dan gemuk dulu,” kata seorang netizen.

     

    “Harap lepas laki ini buka ‘pendakap’, bini dia buatlah kapsyen ‘dulu laki aku jongang gigi berterabur tapi aku masih dengan dia’,” komen seorang netizen lelaki.

     

    Akibat dikritik hebat, Hafiz memuat naik beberapa gambar isterinya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, semasa masih gemuk dan hodoh di laman sosial Instagram bagi membuktikan dirinya menerima keadaan itu sehingga mereka berkahwin.

     

    Bagaimanapun, Nursyafiqah atau lebih dikenali sebagai Aina memberitahu, dia tidak kisah sekiranya gambar berkenaan dikongsi suaminya untuk tontonan umum.

     

     

    “Ya, memang itulah saya yang dulu gemuk dan berjerawat. Suami saya seorang yang romantik, tapi tak semestinya dia perlu tunjuk saya yang cantik saja di media sosial.

     

    “Saya tak kisah pun Hafiz ‘post’ gambar-gambar tu. Walaupun tunjuk yang buruk tapi ada mesej yang tersirat.

     

    “Selama ni dia yang beri semangat kepada saya untuk berubah menjadi seperti keadaan yang sekarang,” katanya kepada mStar Online.

     

    Aina berkata, berat badannya adalah 63 kilogram (kg) pada 2013 sewaktu di awal perkenalannya dengan Hafiz berbanding sekarang 42 kg.

     

     

    “Selama ini, Hafiz banyak memberi tips kepada saya dan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan,” katanya yang mengenali Hafiz selama lima tahun sebelum mendirikan rumah tangga.

     

    Dalam pada itu, Hafiz turut menjelaskan bahawa gambar-gambar lama isterinya sengaja dimuat naik di Instagram sebagai motivasi kepada mereka yang berpasangan.

     

    “Saya mahu beri inspirasi kepada wanita supaya tidak merendah diri dan yakin diri untuk berubah kepada lebih baik manakala lelaki pula perlu menerima pasangan seadanya selain menyokong kepada proses perubahan itu.

     

    “Tambahan pula pengikut kami di laman sosial semakin bertambah dan mereka yang baru mengikuti kami boleh mendapat inspirasi menerusi gambar-gambar buruk tu dengan kapsyen yang memberi motivasi.

     

     

    “Kalau ‘post’ gambar Aina yang cantik saja, tak nampaklah transformasi tu,” ujarnya.

     

    Hafiz menjadi sebutan netizen apabila membuat kejutan pada hari ulang tahun Aina ketika itu tunangnya dengan menyewa sebuah limosin putih pada 2016 dan menghadiahkan kereta honda Merah sebagai hadiah pada tahun lalu.

     

    Pada majlis perkahwinan November lalu, Hafiz sekali lagi membuat kecoh apabila tiba-tiba ‘hilang’ sebelum muncul sebagai maskot singa sambil menari di hadapan pelamin bagi mengimbas semula detik awal perkenalan mereka.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up