• Carian
  • Media Sosial
  • Najib Mengadap Penjaga 2 Kota Suci, Sambil Mahathir Lawat Peliwat 2 Kali

    Posted by supertramp | 10 January 2018 | 11:09 am | 222

     

    Allah mampu memuliakan dan Allah juga mampu menghinakan.

    Dua Senario berbeza untuk dua individu berbeza.

    Satu individu mengadap Penjaga 2 kota Suci, iaitu Mekah Muqaramah dan Madinah Munawarah, manakala seorang individu lagi melawat banduan liwat 2 kali yang dia pernah jijikkan suatu ketika dahulu.

    Itulah martabat dan darjat yang Allah mahu pamerkan.

    Sebaik sahaja Najib Razak bertemu kali ini di Istana Saudi ia juga menggugurkan lagi fitnah dia berbohong berkenaan derma RM2.6 bilion.

    Mana mungkin sekian lama Najib menggunakan nama keluarga serta Istana Arab berkenaan derma ia mampu dilepaskan begitu sahaja.

    Di Malaysia, jika kita menggunakan nama kerani cabuk pun boleh dikenakankan tindakan mahkamah kerana memfitnah, inikan Najib tiap kali menggunakan nama keluarga Arab ia tetap di sayangi.

    Ini adalah kerana Najib berdiri atas kebenaran.

    Sebenarnya Najib di sayangi oleh Istana Arab kerana sifat amanahnya.

    Ketika di asak dulu berkenaan derma Arab, Najib tetap amanah kerana telah di pesan ia adalah rahsia. Tidak boleh diberitahu kepada sesiapa.

    It’s donors call, not recepient call” tapi rakyat tidak faham sebab sifat jelek kuat sangsi mereka, tambah lagi mereka amat mempercayai seorang tua yang suka berbohong.

    Lihatlah apa terjadi hari ini, Perdana Menteri dimuliakan di Istana Raja Arab Saudi dengan peluang berjumpa Penjaga 2 Kota Suci umat Islam itu.

    Sambil itu dalam masa yang sama, seorang tua sedang terpaksa bertindak desperado, terpaksa mengadap orang yang dia pernah tuduh meliwat dan melancapkan mangsanya sendiri.

    Hari ini ketika Anwar Ibrahim pergi mendapatkan rawatan pun Mahathir terpaksa ambil peluang meliwat ehh melawat Anwar di situ, di Hospital Rehabilitasi Ceras.

    Begitu desperadonya Mahathir.

    Apa pun yang boleh di lihat adalah kedudukan kedua insan ini.

    Najib mengadap orang yang keluarganya memberi derma, Mahathir mengadap orang yang dia kata di Sarawak satu waktu dulu “kita nak alih belakang pun tak berani“.

    Selain itu Mahathir juga berkata berkenaan orang yang di tuduh liwat ini “orang semacam ini kita hendak jadikan Perdana Menteri kah?”.

    Kini semua tunggang terbalik, Allah membuat Mahathir sujud ke kaki peliwat 2 kali buat kali kedua.

    Inilah keadaan yang Mahathir terpaksa hadapi, begitu hina kedudukannya, bukan Anwar yang mahu berjumpa, Mahathir yang terhegeh-hegeh mahu mengadap Anwar.

    Telah jatuh martabat Mahathir ke tahap paling rendah hanya kerana ketamakan kuasa dunia.

    Yang tertutup hati tentu tidak dapat meneliti, tapi yang hatinya bersih tentu dapat melihat kedudukan 2 darjat yang Allah pamerkan. –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up