• Carian
  • Media Sosial
  • Najib & Keluarga Insan Terpilih Dibenarkan Masuk Ke Makam Rasulullah

    Posted by editor | 10 January 2018 | 4:54 pm | 1855

     

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluarga dan ibu beliau Tun Rahah Mohammad Noah diberikan penghormatan istimewa dari Kerajaan Arab Saudi selepas diberikan kebenaran untuk masuk ke dalam kawasan makam Rasulullah SAW, Nabi Muhammad di Masjid Nabawi selepas Solat Isyak, semalam.

    Peristiwa bersejarah itu dimaklumkan oleh Najib melalui media sosial Twitter beliau pada pukul 3.32 petang tadi.

    “Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi.

    “Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz AlSaud telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk bonda memasuki makam Rasulullah,” katanya.

    Najib yang sedang dalam rangka lawatan kerja dari 8 hingga 12 Januari ini ke Arab Saudi menzahirkan rasa syukur kerana peluang sebegitu tidak diberikan kepada ramai orang kecuali tetamu istimewa Arab Saudi sahaja.

    “Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut,” kata Najib.

    Jika sebelum ini pembangkang menuduh Najib menipu berkenaan derma RM2.6 bilion sebelum ini, adakah seorang Raja Arab Saudi akan memberikan kebenaran dengan penghormatan sebegini kepada Najib yang berbuat satu perkara yang menyalahi undang-undang ke atas negaranya?

    Mereka sudahlah menuduh Najib salah guna kuasa membawa ramai ahli rombongan ke Arab Saudi yang terdiri daripada anak-anak, keluarga dan juga sahabat dalam lawatan itu, dan mereka perlekeh pula tujuan mereka hendak melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

    Pembangkang kini sanggup buat apa sahaja untuk memburukkan Najib, pemimpin Barisan Nasional (BN) dan ahli keluarganya supaya dapat dijatuhkan serta rakyat akan memberi gambaran yang buruk kepada kerajaan.

    Sekali lagi Najib selaku Perdana Menteri diberikan keistimewaan yang tinggi oleh Raja Salman apabila berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja. Ia juga secara tidak langsung adalah tanda penghormatan Arab Saudi kepada Malaysia.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up