• Carian
  • Media Sosial
  • Dr M Jadi PM Sementara : Wow! Cerdiknya DAP…

    Posted by editor | 10 January 2018 | 1:29 pm | 46

     

    SYABAS DAP kerana sudah cuba untuk menggunakan teknik minda bawah sedar 31 juta rakyat di Malaysia dalam arena politik Malaysia. Mungkin ramai boleh mula perasan kenapa media arus perdana dan media sosial kerap mengutamakan berita tentang Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon Perdana Menteri sementara di awal tahun 2018 ini.

     

    Sebenarnya inilah kehendak pencatur politik Pakatan Harapan iaitu DAP. Mesej tersirat yang cuba DAP mahu sampaikan adalah rakyat bercerita tentang harapan baharu mereka melantik kembali Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7. Ini mampu menjawab persoalan besar siapa boleh menggantikan Datuk Sri Najib Razak jika rakyat mahu menolak Barisan Nasional pada PRU14 akan datang.

     

    DAP mahu letakkan dalam minda bawah sedar rakyat bahawa PRU14 ini adalah pertembungan antara dua tokoh hebat iaitu Dr Mahathir dan Najib Razak. Dalam bahasa mudah, pilih Pakatan Harapan bermaksud memilih Dr Mahathir, manakala pilih Barisan Nasional membawa erti kita sedang memilih Najib.

     

    Jahatnya mereka mahu memadamkan asas sebenar pertembungan politik Malaysia abad ini iaitu Barisan Nasional (UMNO) dan Pakatan Harapan (DAP). Atau jelasnya, jika kita terus pilih Barisan Nasional ia bermaksud kita sedang memilih UMNO pro-rakyat untuk berkuasa, manakala jika kita membuat pilihan terhadap Pakatan Harapan, ini bererti kita sedang memberi kuasa politik buat DAP.

     

    DAP sedar jika persepsi ‘UMNO VS DAP’ ini terus berleluasa dalam kalangan 31 juta rakyat Malaysia, maka graf politik DAP akan semakin menurun dan bertambah teruk. Ramai yang tidak suka kepada pembangkang bukan kerana mereka membangkang, tetap kerana kekotoran agenda DAP disebaliknya.

     

    Justeru mereka (DAP) menggunakan persepsi ‘Najib Vs Dr Mahathir’ untuk menghadapi PRU14 akan datang. Ia sekali gus akan menenggelamkan hakikat sebenar iaitu ‘UMNO VS DAP’ yang paling ditakuti mereka.

     

    Majoriti rakyat di Malaysia khususnya orang Melayu perlu sedar bahawa DAP akan menggunakan orang Melayu sendiri untuk ‘skru’ bangsa Melayu. Mereka tidak akan sesekali mengotorkan tangan mereka untuk menikam bangsa majoriti kerana mereka tidak sesekali mahu tangan mereka itu dipenuhi ‘darah bangsa lain’. Jahatnya DAP tidak akan pernah bertaubat sampai bila-bila. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up