• Carian
  • Media Sosial
  • Dr M Calon PM : Bukan Kerana Aura, Tetapi Dia Yang Minta

    Posted by editor | 9 January 2018 | 4:07 pm | 51

     

    BARU hari ini cerita sebenar keluar di pengetahuan khalayak ramai. Rupa-rupanya, pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan bukanlah dari permuafakatan semua pihak.

     

    Sebaliknya keputusan itu adalah datang dari dirinya sendiri yang membuat penawaran diri kepada DAP yang menguasai Pakatan Harapan, serta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi figura ‘agung’ dari kaca mata para penyokong anti kerajaan.

     

    Kisah pelik ini didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Rakyat (PAN), Khalid Abdul Samad yang mendakwa kononnya tiada istilah Pakatan Harapan (PH) cuba mengambil kesempatan terhadap Pengerusi PPBM itu.

     

    “Dia (Mahathir) yang rela diri dia digunakan, malahan dia bersetuju untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baharu daripada PH jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) untuk membawa gerakan reformasi dan membebaskan Anwar.

     

    “Macam mana boleh kata diri dia kita pula yang pergunakan?” soalnya kepada portal BNBBC.my bagi mengulas dakwaan banyak pihak yang menyatakan Mahathir dipergunakan PH untuk membebaskan Anwar daripada penjara.

     

    Secara tidak langsung perkara ini menafikan pengumuman yang dibuat dalam Konvensyen PH bahawa nama Mahathir diangkat sebulat suara daripada PPBM, DAP, PKR dan PAN, manakala nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga turut diperkenankan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up