• Carian
  • Media Sosial
  • Bukan Senang Untuk Jatuhkan Najib Razak….

    Posted by editor | 5 January 2018 | 12:31 pm | 1921

     

     

    BUKAN mudah untuk tumbangkan Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak. Itu hakikat yang kita harus akui. Tidak kira kita menyokong pembangkang mahupun membantu pihak kerajaan untuk terus berkuasa. Daripada isu 1MDB dan GST, sehinggalah ke isu-isu lapuk seperti bom Altantuya dan skandal dengan artis, Najib masih utuh sebagai seorang pemimpin parti dan negara.

     

    Sejak mengambil alih pemerintahan negara daripada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Najib merupakan seorang pemimpin yang dilihat cukup lembut, bersantun dan mungkin mudah untuk digulingkan pada bila-bila masa jika mahu.

     

    Namun apa yang dilihat dari kaca mata kasar itu sebenarnya suatu penipuan. Najib adalah Pahlawan Bugis yang ada ilmu dan berkatnya tersendiri. Selepas pakatan pembangkang gagal untuk menjatuhkan Najib, mereka sendiri telah berpecah belah. Daripada Pakatan Rakyat yang dilihat cukup kuat kini menjadi Pakatan Harapan yang selalu bergaduh sesama sendiri.

     

    Tidak sekadar itu, pembangkang turut dibantu oleh empat orang bekas ‘pahlawan’ Umno dan kerajaan. Mereka berempat ini sudah tahu selok belok rahsia parti dan kerajaan. Mereka adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

     

    Kalau ikut logik akal, seseorang pemimpin itu dengan mudah boleh digulingkan jika ada empat orang bekas ‘pahlawan’ dan kawan baik menyerangnya secara berdepan. Analoginya, jika Hang Tuah diserang oleh Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi secara serentah, takkanlah Hang Tuah mampu bertahan?

     

    Namun Najib menjangkaui hukum akal manusia. Rupa-rupanya, walaupun pembangkang dibantu oleh empat orang tersebut, mereka masih tetap tidak mampu menjatuhkan Perdana Menteri berkenaan.

     

    Jika Hang Tuah mampu terus berkuasa kerana berkat Taming Sari, maka Najib juga begitu. Cumanya pihak pembangkang dan rakyat umum mungkin masih tidak mampu mencari dan mencuri ‘Taming Sari’ yang digunakan Najib untuk mempertahankan dirinya serta kerajaannya.

     

    Dalam PRU14 akan datang ini sekali lagi pergaduhan besar bakal berlaku. Percayalah bahawa pembangkang dengan bantuan empat orang itu sudah kian terdesak dan malu untuk kalah. Justeru percayalah bahawa mereka akan menggunakan senjata fitnah dan cerita rekaan untuk meracuni tubuh Najib dan kerajaan sedia ada.

     

    Selain itu mereka juga menggunakan ‘senjata’ ampuh iaitu kebodohan majoriti rakyat negara kita. Dengan menggunakan media sosial, diadun bersama tahap kebodohan majoriti rakyat kita, maka pembangkang akan menjaja fitnah dan cerita rekaan untuk meracuni hati bersih yang dimiliki Najib Tun Razak serta seluruh kepimpinan Barisan Nasional.

     

    Jika kita tidak peka akan semua perkara ini, sudah tentu kita akan memangkah pihak yang salah. –Tv14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up