• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Pakatan Harapan Jadi Platform Mahathir Naikkan Mukhriz

    Posted by supertramp | 3 January 2018 | 10:56 am | 811

     

    Setelah gagal menaikan anaknya Mukhriz melalui UMNO dan Barisan Nasional, Mahathir menyelusup masuk ke dalam Pakatan Harapan melalui pintu belakang.

    Bergerak dari sini Mahathir terus melakarkan agenda mahu menobatkan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri tahun 2020.

    Sebelum rakyat sedar dan dapat hidu rencana ini, Mahathir harus melekakan rakyat dengan hidangan isu berkenaan pelbagai perkara dan skandal ciptaan sendiri.

    Seseorang seperti Mahathir perlukan alasan kuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO semasa.

    Tambah lagi, ini kali kedua Mahathir membuat kerja menjatuhkan Presaiden UMNO.

    Musuh UMNO dari dulu sehingga kini adalah “rencana” Mahathir.

    Kerana seronok dan lama menjadi Perdana Menteri maka Mahathir telah membina dinasti perniagaan dengan menggunakan nama proksi dan kroni untuk “fronter” kerja kerja ini.

    Maka dua Perdana Menteri selepasnya hanya syarat dan formaliti sahaja supaya nampak penggiliran dan heraki kerana kepada Mahathir Perdana Menteri tidak berwajah, sesiapa pun boleh asalkan tiba waktu mesti turun dan juga sementara menjadi Perdana Menteri mereka mesti turut kata kata dan kehendaknya.

    Kini hasrat mahu mempergunakan UMNO telah gagal dan menjadi sejarah, maka jalan terbaik untuk meneruskan agenda menaikkan zuriat di teruskan melalui Pakatan Harapan pula.

    Sebelum mempergunakan platform baru iaitu PH sebagai tempat loncatkan anaknya menjadi Perdana Menteri, seluruh negara mesti dialihkan tumpuan kepada isu isu yang Mahathir akan cipta.

    Maka selagi rakyat terleka dengan isu, maka mereka tidak akan persoalkan kenapa isu di cipta sebaliknya tertumpu kepada isu dan tersekat di situ.

    Kita boleh lihat Mahathir memulakan dengan kisah buruk isteri Perdana Menteri dan kemudian kisah perkahwinan anak Najib yang mewah lalu beralih kepada Altantuya.

    Ini kerana serangan berbentuk “ciptaan” dan “fake in nature“.

    Pada kisah Altantuya ia di guna untuk memikat hati penyokong Anwar yang baru sahaja di sumbat ke dalam penjara.

    Kemudian setelah skrip 1MDB siap di olah oleh beberapa individu, barulah ia di ‘blow out” dengan di iringi dana ratusan juta untuk membeli media terpilih untuk memainkannya.

    Ini semua kerja terancang oleh Mahathir dan kuncunya.

    Mahathir tidak dapat menerima hakikat naik ke pentas pada majlis gilang gemilang Wawasan 2020 sebagai tetamu VVIP menyambut tahun 2020 dengan ber Perdana Menteri kan orang lain selain anaknya sendiri.

    Perjuangan belum selesai di sebut oleh Mahathir ketika meletak jawatan Perdana Menteri.

    Kenapa sudah letak jawatan masih menyebut “perjuangan belum selesai”? Ini kerana tersorok dalam hatinya apabila berjaya naikkan zuriat jadi penyambung legasi barulah perjuangannya selesai.

    Zuriat mesti dinaikkan dengan apa cara sekali pun bukan kerana “legasi” tetapi kerana kepentingan yang hendak di jaga yang hanya boleh di kawal oleh seseorang berjawatan Perdana Menteri sahaja.

    Inilah kepentingan peribadi yang dimaksudkan.

    Kini Pakatan Harapan pula akan ‘dibaruakan’ untuk mencapai misi peribadi Mahathir.

    Supaya mereka di dalam PH tidak terasa ‘dibaruakan’ oleh Mahathir, maka pelbagai serangan dan isu akan dibangkitkan oleh Mahathir.

    Serangan kepada instituti di Raja, Islam dan Melayu akan di perhebatkan.

    Menggunakan talibarut memburukkan FELDA lalu nanti bolehlah menyelusup ke kampung menceritakan keburukan kerajaan Najib dengan hal FELDA.

    Ini semua strategi terancang Mahathir.

    Apa yang penting dan tersorok dari pengetahuan rakyat adalah agenda peribadinya.

    Dan, Pakatan Harapan nampaknya akan jadi platform untuk agenda peribadi Mahathir, kerana UMNO tidak mahu diperalatkan lagi untuk kerja bodoh ini. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up