• Carian
  • Media Sosial
  • #KE7B : Demi Malaysia, Qabin Terus Semangat Mahu Selesaikan Misi Kutub Selatan

    Posted by editor | 28 December 2017 | 11:45 am | 10

     

     

    “Hari ini, dalam penuh kepayahan Qobin berjaya berski sejauh 22 km lagi,”

     

    Begitulah perkembangan terkini situasi yang sedang dihadapi penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin. Beliau kini dalam usaha untuk menjayakan misi berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan.

     

    Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, pada kira-kira jam 8.30 malam tadi melalui laman facebook peribadinya – Akmar Hisham Mokhles .

     

     

    Tambah Akmar lagi, walaupun ada penjelajah dari negara lain terpaksa dibawa keluar dari Kutub Selatan kerana keadaan kesihatan mereka yang merosot dan tidak tahan dengan cuaca yang ekstrem, namun Qobin berjaya mengekalkan semangatnya untuk menamatkan misi ini.

     

    “Terima kasih Ya Allah kerana menolong Qobin untuk bergerak pada hari ini. Terima kasih atas doa rakyat Malaysia untuk melihat Qobin berjaya dan sihat.”

     

    Sebentar tadi, Qobin memaklumkan perjalanannya hanya berbaki 26 km sahaja lagi dan beliau bertekad untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Selatan pada Khamis, 28 Disember ini (bersamaan awal pagi 29 Disember waktu Malaysia).

     

    Dalam pada itu, Qobin juga mohon minta rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatannya terutama keadaan tangannya supaya beliau dapat sampai ke titik 90 darjah dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

     

    Marilah kita bersatu hati mendoakan kejayaan anak muda Malaysia ini. Beliau sedang bertungkus lumus untuk memastikan nama baik negara kita harum dipersada antarabangsa. –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up