• Carian
  • Media Sosial
  • DAP Masih Membisu, Kenapa Takut Untuk Nyatakan Pendirian Tentang Israel?

    Posted by editor | 26 December 2017 | 1:53 pm | 17

     

    SEHINGGA ke hari artikel ini ditulis, sudah beberapa minggu DAP tetap membisu tidak mahu membuka mulut menyatakan pendirian mereka tentang isu Baitulmaqdis. Walaupun parti-parti politik lain telah lama menyatakan pendirian masing-masing, namun DAP yang menjadi penguasa sebenar Pakatan Harapan tetap membisu.

     

    Walhal para gadis di Korea Selatan pun sudah berani memberi sokongan terhadap Baitulmaqdis dan menentang Israel, hanya DAP sahaja yang dilihat masih takut untuk menyatakan pendirian mereka.

     

    Adakah benar seperti yang pernah didedahkan oleh Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman bahawa DAP pernah mengadakan rundingan sulit dengan Israel, serta menerima RM1.2 bilion dana khas dari kuasa berkenaan?

     

    Apabila DAP tidak mahu mengulas apa-apa tentang isu Baitulmaqdis ini, maka pendedahan dari Mohamad Razali itu dianggap ada relevennya. Justeru itu, adakah kita mahu menyokong parti politik yang menyokong Israel? Dan adakah DAP juga terlibat dalam memperjuangkan Baitulmaqdis itu sebagai salah sebuah ibu negara bagi Israel? –Tv14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up