• Carian
  • Media Sosial
  • ‘Fail Tebal Bukti Saya Serius’ – Azwan Ali

    Posted by fatty | 20 December 2017 | 104

     

    Pengacara dan personaliti televisyen, Azwan Ali hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini pagi tadi bagi menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan serta salah laku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Azwan hadir sekitar jam 10 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna berwarna hitam.

    “Ini kali pertama saya di sini, jadi saya tak boleh nak komen banyak,” katanya ketika ditemui pemberita.

    Disoal mengenai jumlah dokumen yang beliau ingin serahkan kepada SPRM, Azwan lantas menunjukkan fail dokumen bersaiz A4 yang dibawanya.

    “Betapa tebalnya fail ini menunjukkan betapa seriusnya saya dalam menangani isu ini. Diharapkan ini (dokumen) dapat membantu,” katanya.

    Azwan yang juga adik kepada Azmin sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan kerajaan negeri serta pernah melancarkan tanda pagar (hashtag) #jahanamkanazminali bagi menumbangkan Menteri Besar Selangor itu pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up